Header Ads

Dahsyat! 1 Bilion Lipas Diternak Untuk Makan Sisa Makanan Setiap Hari


Perghh tak dapat admin bayangkan macam mana keadaan tempat tu dengan 1 bilion lipas. Sekor terbang dekat dalam rumah pun dah geli inikan pulak berbilion.

Menurut Next Shark, sebuah kilang di Jinan, Shandong telah menternak 1 bilion lipas bagi mempreoses sisi makanan setiap hari. Sisa makanan tu bukan sikit ye tapi sekurang-kurangnya 55 tan sehari.


Kilang tersebut dikendalikan oleh Shandong Qiaobin Agricultural Technology Co. Seawal pagi setiap hari, bertan- tan sisa makanan akan sampai di kilang tersebut. Sisa makanan itu akan diproses dalam bentuk campuran lembap sebelum disalurkan ke dalam satu paip khas untuk dihantar ke serangga berkenaan.


Pengasas kilang tersebut, Li Yanrong memberitahu dia pernah bekerja untuk sebuah firma farmaseutikal sebelum mengusahakan ladang lipasnya seluas 6,300 meter persegi.

Jelasnya lagi, idea menternak lipas ini datang ketika dia menonton klip kartun yang ditonton bersama anak perempuannya di mana lipas bertahan selama 90 hari tanpa makanan dan 40 hari tanpa air.

"Kebanyakan sisa dapur di bandar ini ditanam di tapak perlupusan sampah. Saya fikir saya dapat menggunakan lipas untuk memproses semula sisa-sisa makanan itu,"


Kalau nak tahu perniagaan ni telah beroperasi selama 8 tahun sejak tahun 2011. Lipas yang di ternak bukan lipas biasa tapi spesis Amerika dimana lipas tersebut merupakan spesis terbesar dan mempunyai jangka hayat paling lama.

Walaupun nampak macam mudah tapi usahawan tersebut juga mengakui ada setengah orang berasa bimbang kalau-kalau lipas yang boleh hidup 300 hari ini terlepas. Tetapi  syarikat tersebut telah pun bersedia jika ada sebarang kemungkinan terjadi

"Pelbagai langkah keselamatan telah diambil. Terdapat 'langsir air' di setiap pintu masuk dan kami juga ada menternak ikan untuk memakan lipas itu jika ia terlepas,"


Ishh tak sangka betul, dengan ternak lipas kita boleh kaut untung dan dalam masa yang sama dapat selamatkan bumi. Harap takde lah lipas dia yang terlepas.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.