Header Ads

"Budak zaman sekarang baru 6 tahun dah biadap"- Bila Salah Belajar Ilmu Parenting, Rosaklah Masa Depan Anak


"Ala biasalah budak-budak" mesti korang pernah dengar perkataan macan ni kan. Ye betul memang dia orang masih budak-budak tapi kita sebagai orang dewasa seharusnya menegur kalau anak itu buat salah. Jangan sampai orang gelar kita tak ajar anak pulak!

Admin tertarik dengan satu posting di facebook ni. Posting dari DrTaufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul. Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya.


"Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat 'biadap'. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam " alaaa..biasa la budak-budak ".

Aduh! Parah!

Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

"Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) "

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.


Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat 😥"

Kita ibu bapa mereka jadi kita harus mencorakan nya. Jangan sampai esok bila anak dah besar kita pula yang jadi hamba mereka. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat beri manfaat pada korang semua.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.