Header Ads

Bekas Muslim Biadap Persenda Nabi Luth Melalui Lukisan Dan Olah Cerita Asal


Media sosial sekarang ni dah jadi macam keperluan hidup. Mana yang guna dengan baik tu bagus lah. Ini ada juga yang cuba sebarkan benda negetiv, lagi-lagi yang melibatkan agama.

Seorang pemilik akaun twitter (dah kena suspend) merupakan bekas penganut agama islam kini telah berubah menjadi seorang atheist (kurang/ tidak percaya pada kewujudan tuhan). Jelas dalam profil berkenaan banyak perkongsian tentang pendapat yang memperlekehkan agama islam.



Satu tweet dari twitter tersebut telah menghina 'meme' tentang Nabi Luth A.S. dan menimbulkan rasa marah dikalangan netizen.


Bahkan tweet tersebut bukan pasal gambar sahaja tapi  posting ini juga bersikap tidak sensitif dengan mempersendakan lelaki utusan tuhan dan memesongkan daripada kisah asal.

"Kisah tentang keghairahan kaum nabi Luth untuk melakukan hubungan sejenis hanya kerana mahu memuaskan nafsu busuk mereka !!!Akhirnya Allah hancurkan kampung halaman mereka dengan sehancur-hancurnya..Terjemahan : Kun Anta"

Sikap biadap individu atheist ini telah mendorong netizen untuk berpakat report akaun tersebut.



Tindakan menyebarkan kebencian terhadap agama islam itu tidak sewajarnya dilakukan tambahan pula pemilik akaun tersebut murtad.


Haiishh kalau nak perhatian sekali pun tak payah buat isu agama macam ni. Semoga kembali ke pangkal jalan ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.