Header Ads

'Adui siap bawak pita tape lagi tu'- Perangai Perokok Nak Merokok Dikedai Makan Mencuit Hati Netizen


Semua permis makanan di negara ini telah diwartakan sebagai zon larangan merokok sejak tengah malam tadi. Selepas sahaja dikuatkuasakan , maka banyaklah pihak yang telah menetang dan membahan ‘isu’ tersebut.

Satu video perkongisan dari Viral Media Johor,telah mencuit hati netizen. Video tersebut memaparkan gelagat lelaki menggunakan pita ukur bagi mengukur jarak meja makannya dengan lokasi yang dibolehkan merokok, iaitu 3 meter.


Dalam video tersebut dapat kita lihat si tukang rakam sebagai pencerita. Suara si perakam yang menyatakan perlu berada 3 meter dari kedai makan untuk merokok. Ramai yang menyaksikan video tersebut rata-rata geli hati dengan geng-geng perokok ni yang ‘mengikut’ seruan kerajaan.

Orang Malaysia memang suka menganjing..





Malah ada juga yang tidak suka dengan video tersebut. Bagi mereka tindakan yang dilakukan mereka di dalam video tersebut tidak patut kerana tidak prihatin dengan individu yang tidak merokok. 

Mereka sepatutnya menyahut seruan kerajaan bukannya ‘menganjing’ pewartaan larangan merokok tersebut.

Bila otak dah penuh asap rokok..




Bagi perokok diluar sana pastikan korang berada 3 meter jauh dari kedai makan ye. Bukan apa kalau nak merokok ni kena pikir orang lain jugak. Bukan semua orang suka hidu asap yang korang hembus tu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.