Header Ads

Video Aerodance Budak Medik UITM Jadi Viral Sampai Yuna Siap Tag Selebriti Terkenal


Budak yang ambil aliran medic selalu diklasifikasi sebagai budak nerd. Tapi itu mungkin dulu lah kot. Tapi sekarang budak medic tak se 'nerd' dulu. Mereka pandai dah nak bersosial dan terbaru ni viral pulak video tarian budak medic UITM.

Pada hari Isnin lalu, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh melakukan ‘aerodance’ sewaktu Pertandingan Aerodance Fakulti Perubatan antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Kumpulan yang dianggotai oleh 10 mahasiswa UiTM Sungai Buloh itu telah mendapat pingat emas bagi pertandingan tersebut.

Malah video yang dimuatnaik pemilik twitter Ikhmal_azzarin yang juga Choreographer tarian tersebut mendapat 110,267 views di Youtube sejak ia di‘post’ pada 10 Disember.


Apa yang menariknya, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menempa nama di Hollywood, Yuna Zarai turut retweet video tersebut dan siap tag penyanyi antarabangsa Jennifer Lopez…


Yelaa Yuna kan Alumni UiTM jugak, kalau korang nak tau dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Menerusi video tersebut, kumpulan mereka menggunakan beberapa lagu bagi persembahan mereka, antaranya On The Floor oleh Jennifer Lopez dan Idol oleh kumpulan Korea, BTS.


Netizen yang dah tonton video tersebut turut berasa‘eksaited’ dan puji persembahan dorang ni. Yelah siapa sangka kan budak medik boleh menari gempak macam ni.




Sumpah wei memang gempak gila tarian dia orang. Memang patut pun dapat tempat pertama.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.