Header Ads

"Tetiba rasa disayangi pula!"- Isteri Luah Rasa Berbunga-Bunga Bila Main PUBG Dengan Suami


Permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile sememangnya diminati ramai dari yang muda sehinggalah yang tua. Bila sekali dah terjebak sangatlah sukar untuk dilarang apa lagi kalau nak suruh berhenti.

Kadang kala ketagihan bermain game kadang kala membuat orang sekeliling jadi menyampah, yang lebih terluka semestinya kaum isteri. Mana taknya suami leka dengan game sampai isteri rasa seperti diabaikan. Malah perkara sebegini boleh menjejaskan rumah tangga.

Tapi seorang wanita ni dia tidak dapat larang ketagihan suaminya dalam bermain game. Jadi wanita ini mengambil inisiatif untuk belajar permainan tersebut semata-mata untuk meluangkan masa dengan suaminya.


Sejujurnya, dulu aku memang pantang dan benci game ini. Sebab apa? Sebab dia (suami) banyak menghabiskan masa terluang yang ada dengan game. Kitorang long distance relationship. Aku di Kelantan, dia di Johor. Setiap kali aku call, dia akan jawab dan cakap "Main game ni" ataupun reject terus. Sadis sangat. 

Bila aku scroll Facebook, banyak kes yang aku tengok tentang game ini. 

"Suami abai rumah tangga sebab ketagih main game"
"Suami curang dengan awek dalam game"

Oh no! Ini bisa menjadi lebih parah. Jadi aku pun guna taktik yang sama aku guna masa dia tengah fanatik main game Mobile Legend dulu.

Lagi pula permainan itu ada fungsi voice chat, membuatkan pasangan ini lebih banyak meluangkan masa bersama berbanding sebelum ini. 

Aku install PUBG Mobile, aku buat-buat berminat nak main juga. Disebabkan game ini boleh bercakap sesama sendiri, senanglah aku suruh dia ajar aku walaupun kitorang jarak jauh. Aku bukannya pandai main pun, aku follow sajalah ke mana dia pergi. 

Menurut Sueyha Roesun taktik yang dilakukan berhasil. Kalau dulu call kena reject, sekarang suaminya pula yang call untuk ajak main PUBG. Yang lebih menarik suami siap sweet2 lagi dalam game.

Sekarang dia yang akan call aku. 

"Ada line internet tak? Jom PUBG!" 

Kalau in real life memang haramlah nak pakai baju sama. Tapi dalam ini boleh pakai sedondon. Kalau aku kena tembak, dia akan tembak enemy itu balik sambil cakap, 

"Haa! Padan muka! Siapa suruh tembak bini aku!" 

Waaa!! Rasa selamat dan disayangi pula! (Hahaha) 

Naik kereta dan motosikal bersama-sama. Kalau aku sesat, dia akan cari. Kalau aku cedera, dia akan bagi first aid. Tetapi kadang-kadang dia tak nak main dengan aku juga sebab aku noob. (Ha! Ha! Ha!) 


Benda ini memang nampak simple. Tapi bagi seorang isteri, kalau boleh luangkan masa dengan suami walaupun dalam game boleh membuatkan hati berbunga-bunga. Selepas ini tak tahulah game apa pula yang aku terpaksa menjebakkan diri. 

Sebenarnya aku buat macam ini sebab kitorang dah kahwin ye, tetapi kitorang tinggal berjauhan. Daripada aku kena tunggu dia main game baru dia call, baik aku main sekali. Nak larang memang taklah, dah tahu memang hobi dia. Jadi kita ikutkan saja dulu. So, dah duduk sekali nanti berpada-padalah ye. Ha! Ha! Ha! Pamiem Razali.

Kalau dengan cara ini boleh hangatkan kembali rasa cinta dalam rumah tangga, apa salahnya isteri cuba kan. Tapi jangan terlalu leka pula nanti kesian anak-anak kelaparan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.