Header Ads

Susulan Isu Ayam Tesco Yang Dikhabarkan Tidak Halal, Akhirnya Jakim Mengesahkan Ayam Tersebut...


Sebelum ini telah tular video dimana ayam tesco dikatakan tidak halal kerana cara penyembelihannya difahamkan tidak mengikut syarak.

Malah penularan video tersebut mengundang rasa was-was dalam diri netizen terutamanya bagi mereka yang beragama islam. Ya lah, Tesco kan tempat selalu kita beli barang harian, mestilah rasa curiga.



Dari video tersebut dapat dilihat, perbalahan  terhadap seorang pelanggan yang musykil dengan teknik penyembelihan ayam tersebut. Kejadian ini berlaku di Tesco cawangan Melaka Sentral.


Ayam tersebut dilihat kepalanya dibelah dan ada lebihan kulit. Umunya, kita tahu ayam yang disembelih mengikut syarak adalah memutuskan Halkum dan urat Marih. Kalau tidak ia dianggap sebagai bangkai.

Bagaimana pun pihak Tesco ada keluarkan kenyataan berhubung penularan video ini. Kenyataan itu disokong oleh bahagian hab halal, JAKIM dan mengesahkan bahawa ianya halal.


“Berkenaan isu video pertikaian status halal ayam sembelihan yang dijual di pasaraya Tesco Melaka Sentral, tular ini berpunca dari salah faham awam berkenaan kesan head puller terhadap ayam sembelihan yang menampakkan seolah-olah ayam tidak disembelih menurut hukum syarak.

Salah faham ini juga berlaku kerana kurangnya kefahaman berkenaan realiti pemprosesan ayam di pusat penyembelihan yang menggunakan pelbagai fasiliti moden. Sudah pasti pemprosesannya berbeza dengan pengeluaran berskala kecil.” – Bahagian Hab Halal, JAKIM


Teknik Head Puller ini merupakan teknik moden penyembelihan ayam. dimana ia direka untuk mencabut kepala ayam setelah ianya sempurna disembelih. Teknik itu penyebab akan ada lebihan kulit memandangkan ia disembelih dengan cara gantungkan kaki ayam di atas.

Rasanya korang semua tak perlu bimbang lagi, ayam dekat Tesco tu sememangnya halal, sebab dia pakai teknik ini untuk sembelih. Bahkan dapat pengesahan JAKIM lagi. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.