Header Ads

"Siapa kata kulit gelap tak cantik?"-Netizen Muak Dengan Kulit Putih Dan Nak Finalis Dewi Remaja Ini Menang!


Asal cantik je putih, asal putih je mesti cantik! Tapi macam dengan orang berkulit gelap? Adakah mereka tidak cantik? Di Malaysia, kalau kita lihat terlalu banyak orang menjual ubat putih. Itu belum kira lagi yang buat cucuk vitamin C. Dah jadi macam satu benda wajib pulak kalau nak cantik kena putih.

Tapi lain pula cerita dengan finalis Dewi Remaja ni. Haneesya Hanee dengan berat badan 60kg dan ketinggian 170cm, merupakan cicit kepada seniwati veteren Zaharah Agus yang memegang watak Latifah dalam filem Madu Tiga. Haneesya Hanee telah buktikan orang yang berkulit gelap juga mempunyai kecantikkan mereka tersendiri.



Baru-baru ni Haneesya Hanee telah post di instagram, yang dia kena kutuk sebab berkulit gelap seperti orang Afrika. Dek kerana viral post pasal kulitnya, nama Haneesya Hanee semakin melonjak naik kerana keunikkan wajahnya.


Rata-rata Netizen mengatakan yang Haneesya Hanee tetap cantik walaupun berkulit gelap. Dan netizen juga berharap dia menang Dewi Remaja sebab dah muak dengan anggapan kulit putih tu yang terbaik.



Nah admin belanja lagi gambar Haneesya Hanee  ni. Cantik kot dia ni. Korang tak baik tau kutuk-kutuk warna kulit orang. All the best buat Haneesya Hanee!




Buat mereka yang mempunyai kulit gelap boleh jadikan Haneesya Hanee sebagai sumber inspirasi. Biarkan saja orang nak kata apa. Anda patut bangga kerana menpunyai warna kulit yang unik.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.