Header Ads

Sembelih Ayam Dan Campak Dalam Air Untuk Bagi Lemas.


Semalam satu rakaman video telah menunjukkan teknik penyembelihan ayam yang di lakukan seolah tidak mengikut syarak. Ayam yang disembelih di campak dalam air bagi tujuan untuk melemaskan ayam tersebut.

Video yang dikongsikan itu menunjukkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.

Malah turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.


Premis berkenaan dikatakan berada di Seri Kembangan, Selangor. Penularan video tersebut telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak dan telah menarik perhatian pihak JAIS.

Menurut Bernama, pengarah JAIS Datuk Haris berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi premis terbabit dan akan berkerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menjalankan siasatan.

"Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan,"

Jelas Datuk Haris lagi, berdasarkan video tersebut kemungkinan premis tersebut tidak mempunyai sijil halal.

"Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek kebersihan,"

Aduhai geli pulak tekak ni bila tengok ayam macam tu. Campak atas lantai tu tak menahan. Nampaknya kena bela ayam sendiri lah lepas ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.