Header Ads

"Saya perasan dia dalam kelaparan"- Wanita Ini Sanggup Menyusukan Bayi Tak Dikenali Walaupun Doktor Kata ‘Kotor’


Kisah ni mengenai seorang anggota polis wanita di Argentina, yang telah melakukan sesuatu yang diluar jangka. 

Celeste Ayala, yang bertugas di hospital kanak-kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Aires, telah melihat seorang bayi yang ditinggalkan sendirian tanpa ibu dalam keadaan menagis.

"Saya perasan bahawa dia dalam kelaparan, kerana dia meletakkan jarinya ke dalam mulutnya, jadi saya meminta untuk memeluknya dan menyusukannya,"


Atas rasa kesian dan perihatin terhadap bayi tersebut, Ayala meminta izin untuk menyusukan bayi tersebut tetapi kakitangan hospital mengatakan bayi tersebut 'kotor'. Perkara tersebut sedikit pun tidak membimbangkan Ayala. Apa yang beliau fikirkan ialah kebajikan bayi tersebut yang perlu dijaga.

Ibu bayi tersebut merupakan ibu tunggal dan mempunyai enam orang anak dan tidak mampu untuk manjaga anaknya itu kerana mengalami kesukaran. Bayi tersebut jelas memerlukan kasih sayang seorang ibu, jadi Ayala mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan selepas mendapatkan keizinan.


"Saya mahu membuat orang ramai menunjukkan kasih sayang yang anda curahkan kepada bayi yang tidak bersalah itu, walaupun anda tidak mengenali bayi, anda tidak teragak-agak untuk bertindak seperti seorang ibu"

"Anda tidak peduli jika dia dianggap ‘kotor’, yang mana kakitangan hospital memanggilnya. Anda melakukan perkara yang baik."

Gambar Ayala menyusukan bayi tersebut menjadi viral selepas kawannya, Marcos Heredia memuat naik gambar Ayala di laman facebooknya sehingga mendapat lebih 160 ribu likes dan 113,228 ribu perkongsian.

Malah rata-rata netizen memuji tindakan mulia wanita tersebut yang sanggup menyusukan dan menjaga bayi tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.