Header Ads

"Saya hanya nak bagi mereka pengajaran, kafe bukan tempat untuk ber mak siat"


Niat hanya nak beri pengajaran tetapi siapa sangka video yang di rakam dan di upload ke internet memberi kesan dalam hidupnya. Seorang lelaki berusia 20 dikenali dengan nama Fuad ditahan polis hanya kerana merakam aksi pasangan kekasih di tempat awam.

Menurut laporan Detik, ketika kejadian Fuad telah pergi ke kafe bersama sepupunya namun setiba disitu di terpandang pasangan kekasih yang kelihatan sedang bermesra tanpa menghiraukan orang lain di kafe tersebut.


Dek kerana rasa geram dengan perbuatan pasangan tersebut, Fuad mengunakan kuasa sebagai seorang netizen telah merakam perbuatan pasangan tersebut dan uploadnya di media sosial. Tak sampai berapa minit video tersebut telah menjadi viral pada 17/12 (isnin).

Namun tanpa Fuad sedari, dia sebenarnya telah melanggar undang-undang dan membuatkan dia ditahan polis pada 18/12 (Selasa). Sewaktu dia soal siasat, Fuad mengakui yang dia telah merakam dan sengaja menyebarkan video tersebut atas alasan dia berasa ‘kecewa’ dengan tindakan pasangan kekasih tersebut.

"Saya rakam…Saya mahu beri mereka pengajaran. Saya kesal tempat seperti itu (kafe) digunakan untuk buat mak siat."


Biar pun rakaman itu tak sampai tahap luc4h. Tetapi menurut polis Indonesia, Fuad telah melanggar undang-undang anti-p0r no gr4f! dan Akta Transaksi Elektronik kerana menyebarkan kandungan video tidak bermoral secara online.

Kesalahan tu membuatkan Fuad mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Siasatan masih berjalan dan keputusan polis masih belum diketahui.

Adoii kesian pulak. Niat dah betul nak tegur tapi cara dia tak kena pulak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.