Header Ads

Sanggup Bagi Anak Makan Da Dah Sampai Ketagih Supaya nanti Boleh Jadi 'Deliver Boy'


Ni bapa ke binatang?? Macam mana dia boleh samggup bagi anak umur 6 tahun da dah jenis methamphetamine.

Doktor memberitahu ayahnya telah meletakkan da dah tersebut ke dalam minuman anaknya supaya ketagih dan bergantung pada da dah itu agar jadi deliver boy  untuk ayahnya.


Dipetik dari The star, berdasarkan pemerhatian doktor, kanak-kanak itu kelihatan cemas, mahukan perhatian, kurang jaga kebersihan, elak bertentang mata (eye contact) serta kelihatan kurang nutrisi.

Malah bangnya yang berumur 7 tahun juga menunjukkan gejala yang sama, ternyata kes yang terjadi di Bangkok, Thailand ini makin meluas dan harus dipandang serius. Kini kanak-kanak terbabit terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan sikap bapa durjana.

Bukan itu sahaja, Pengarah Hospital Somdej Phra Yupparaj Kra Nuan, Dr Wiroj Lertpongpipat menegaskan, doktor juga berdepan dengan kes yang sama melibatkan wanita hamil.


Kes pertama, wanita hamil 3 bulan mengambil da dah jenis yang sama dengan alasan untuk memudahkan proses bersalin.

Kes kedua, wanita melahirkan bayi dengan berat hanya 2.39kg. Jauh lebih rendah dengan berat normal 3 kg.

Bagaimanapun, kata pengarah hospital itu kedua-kedua wanita ini merupakan pena gih sebelum hamil lagi.


Pengambilan Meth semasa hamil, akan menyebabkan berat kelahiran lebih rendah, lilitan kepala akan mengecil, serta masalah jantung dan perkembangan neurologi badan akan terbatas.

Bagi anak pula, risikonya lebih besar integrasi motor visual dan  memori lisan yang lebih rendah.

Haishh harap benda ini tak jadi dalam kalangan masyarakat kita. Jangan rosakkan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dengan kebodohan kita.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.