Header Ads

"Pergi sana fokus ibadah je lah"- Netizen Tak Boleh Nak Brain Kenapa Mesti Nak Promote Produk Depan Khaabah


Sekarang ni kalau kita perhatikan ramai betul yang terlibat dalam bisnes online kan. Jadi bermacam-macam juga lah cara mereka untuk melariskan produk. Ada yang promote dengan cara bijak tapi tak kurang juga yang promote dengan cara kena kecam.

Kecoh baru-baru ni dekat twitter pasal satu produk kosmetik lokal ni. Tweet tu mempersoalkan tentang trend pemilik produk zaman sekarang yang katanya suka promote produk dekat Mekah.


Dalam tweet tersebut disertakan sekali dua gambar produk local yang diambil dekat depan kaabah. Difahamkan, pemilik produk tu sekarang berada di sana untuk tunaikan umrah.



Kebanyakkan netizen tak boleh nak hadam dan mempersoalkan trend tu yang menurut mereka boleh dikategorikan sebagai ‘menunggang agama’.


Ada juga yang kata mereka ni (pemilik produk lokal di Malaysia) selalu riak tidak bertempat dan ada pula yang nasihat pemilik tu untuk fokus buat ibadah je kalau dah berada dekat Mekah tu.


Tak semua orang mampu untuk jadi tetamu Allah. Jika kita diberi peluang untuk kesana seeloknya kita fokus pada ibadah kita je. Ermm pasal ambil gambar depan khaabah ni tak tahu lah admin nak cakap apa. Mungkin ada maksud lain kot.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.