Header Ads

'Panggil Sir/Madam pun dah cukup'-Wanita ini Cakap Rakyat Malaysia Obses Sangat Dengan Title Prof Dan Dr


Menjadi seorang penuntut universiti sering menjadi kebanggan ibu dan ayah. Tidak kiralah belajar di peringkat apa sekali pun. Malah yang belajar sehingga ke PhD akan dapat gelaran Dr yang mana mampu buat mak ayah tidur tersenyum.

Tak dapat jadi Dr. medikal, Dr. akademik pun ok jugak. Tapi wanita ni kata rakyat Malaysia obses dengan title atau gelaran. Tak takut ke ramai orang kecam bila buat statement macam tu?



Menurut wanita ini, apa yang di katakan itu sebagai respon kepada tweet yang menasihatkan adik-adik yang berada di universiti untuk memanggil pensyarah berpangkat Profesor dengan gelaran Sir atau Madam.


Kalau nak ikutkan itu sebagai tanda penghormatan atas jasa mereka yang dah bertungkus-lumus nak dapatkan segulung ijazah PhD tu.


Bagi wanita ini, gelaran Prof dan Dr tidak perlu jadi isu besar jika ada student yang tidak panggil pensyarah dengan gelaran yang betul.


Bukan itu sahaja, malah kenyataan wanita ini yang merujuk title digunakan di United Kingdom tu pun ramai juga yang tak setuju. Bukan sama budaya Asia dan Eropah.





Sebenarnya ada setengah pensyarah tidak kisah pun di panggil sir/madam asalkan masih ada rasa hormat ketika bercakap. Tapi tak salah jugak kalau kita panggil mereka yang ada Phd dengan panggilan Prof/Dr. Mereka layak dipanggil begitu setelah usaha dan masa mereka korbankan untuk sampai ke tahap tertinggi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.