Header Ads

Masih Ada Lagi 4 Kematian Hero Negara Yang Belum Terbela


Kita telah digemparkan dengan kehilangan Muhammad Adib. Sudah semestinya kehilangan beliau memberikan impak mendalam kepada seluruh warga Malaysia, pengorbanan besar perwira negara ini sehingga menggadai nyawanya pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Tetapi, selain Adib masih ada beberapa unsung hero yang kematiannya masih belum terbela sehingga ke hari ini. Mereka juga memang patut diberi penghargaan atas pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara. Tabik kepada hero-hero negara ini.

1. Datuk Shaharuddin Ibrahim,  mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia

Menurut Utusan Malaysia, beliau menjadi mangsa pembu nuhan kumpulan kongsi gelap , Geng 36.  Dikhabarkan Geng 36 mahu membalas dendam kerana da dah yang diseludup telah dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang.


Datuk Shaharudin mati ditem bak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 6 April 2013.

Difahamkan, suspek yang membu nuhnya masih belum dapat ditangkap lagi.

2. Anisah Ali, pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Meninggal dunia selepas koma akibat kenderaan yang dinaikinya dirempuh tonto di Pasir Mas pada Oktober 2016.


Dia bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok - lapor Astro Awani

Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai van yang membawa rokok seludup.

Namun difahamkan, selepas kejadian polis berjaya melakukan gerakan memburu suspek utama yang dikenali sebagai Mat Yeh.


Setelah berjaya diberkas pihak polis, dia direman dalam tempoh seminggu lebih tapi dibebaskan dengan jaminan polis malah tak didakwa oleh mahkamah.

Ahli keluarga menzahirkan rasa kesal kerana kematian Anisah Ali tidak terbela dengan pembebasan suspek utama

3. Sub Inspektor Abu Hashim Ismail

Abu Hashim Ismail merupakan anggota polis Bukit Aman ini di tem bak mati di kediaman kenalannya pada Ogos 2018


Dilaporkan Harian Metro, Abu Hashim Ismail maut akibat terkena sekurang-kurangnya empat das tem bakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Sepanjang kes penyiasatan, seramai 9 orang suspekyang dikenali ‘Geng Pak Su‘ ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembu nuhan ini. Bagaimanapun, kesahihan mengenai kes ini masih belum dapat dikenal pasti siapa pembunuhnya.

4. Kevin Morais,  Timbalan Ketua Bahagian Bicara & Rayuan

Untuk pengetahuan semua, motif utama pembu nuhan dipercayai akibat dendam susulan Kevin Morais sedang mengetuai siasatan terhadap kes rasuah melibatkan seorang doktor berusia 52 tahun iaitu suspek utama.


Pihak polis bagaimanapun menafikan punca pembu nuhan mendiang mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap syarikat 1MDB.

Adiknya mendakwa bahawa beliau mungkin dibu nuh disebabkan beliau mengetahui banyak mengenai mereka yang berkuasa.

Mayat Kevin sepatutnya dituntut keluarga untuk pengebumian, namun keluarga menolak kerana mahu menunggu laporan penuh bedah siasat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.