Header Ads

'Leka sangat dengan handphone kan. Nah makan ni!' - Kekasih Buang Phone Teman Lelaki Dalam Periuk Mendidh


Aduhaii nak gelak pun ada tengok ni. Difahamkan kejadian berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China. 

Di awal video tersebut kita dapat lihat pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya. 


Lelaki tersebut pada ketika itu memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.


Tanpa disangka, wanita itu terus merampas telefon milik teman lelakinya dan terus dibuang ke dalam periuk yang sedang mendidih, lalu beredar dari tempat kejadian sementara lelaki itu sedang berusaha mendapatkan semula telefon bimbitnya.


Malah lelaki yang ditinggalkan itu kena membayar bil makan malam mereka. Walaupun lelaki itu berjaya dapat semula telefon bimbitnya dengan bantuan pelayan restoran, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih dapat berfungsi atau tidak.


Kejadian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang kata lelaki tersebut selayaknya mendapat hukuman macam tu tapi ada juga yang mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas. 

"Main telefon ketika makan malam adalah satu perbuatan yang biadab."

"Dia tak perlu mahupun mengejar teman wanita dia, telefon yang diutamakan. Nampak sangat,"

Hahaha tak memasal rosak handphone. Tulah nak main phone sangatkan. Kalau keluar dating pun nak main handphone baik tak payah bercinta! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.