Header Ads

Lauk Ayam Kicap Yang Disangka Ada Bonus Pedal Ayam, Rupa-rupanya...


Kebiasaannya kita akan suka tapau makan dari makan dikedai, yelah kadang-kadang time full house mana ada seat nak duduk kan. Jadi kita pon akan tapau dan makan ditempat kerja. Tapi apa perasaan korang kalau tengah cuit makanan tu terperasan pulak ada benda yang tak patut ada. Eeuuww!


Perkara itulah dilalui seorang netizen bernama Azmi semalam yang terjumpa tikus mati dalam lauk dia beli. Melalui posting Facebook yang dikongsi, Azmi cerita yang tengah hari semalam dia pergi beli lauk dekat warung.

"Tengah hari tadi aku beli lauk dekat satu warung tu. Biasa memang aku beli situ. Aku beli ayam merah 2 ketul, ayam kicap 2 ketul."

Time petang lepas balik kerja, dia pun bawa balik lauk tu untuk makan dengan isteri. Biasalah kalau makanan bungkus ni kadang-kadang kita suka cubit sikit kan? Sama macam Azmi, dia pun cubit ayam kicap tu sikit dalam 2 suap. Bila sampai rumah dan nak makan, dia pun cedok keluar ayam kicap tu masuk pinggan.

Tapi ternampak sesuatu yang disangkakan pedal ayam. So, dalam fikiran dia bolehlah dia makan pedal ayam tu last-last nanti. 


Lepas dah makan 2, 3 suap nasi dengan lauk tu, Azmi pun cedok nak tambah kuah. Sekali baru dia perasan, benda yang dia nampak macam pedal tu adalah tikus mati!

"Aku nak tambah kuah… Aku cuit la pakai sudu…. Sekali aku tengok…. Anak tikus laaaaaa…"

Apa lagi, memang terus kembang tekak lah dibuatnya kan? Terus Azmi muntahkan balik apa yang dia dah makan tadi. Tapi, Azmi tak terus buang anak tikus tu. Sebaliknya, dia masukkan balik dalam plastik lauk tu sebagai bukti untuk dia tunjukkan dekat warung.


Katanya, hari ini dia nak pergi semula warung tu dan ‘pulangkan’ anak tikus mati tersebut.

"Ayam yang kat atas pinggan tu masukkan juga dalam plastik….sebab tu ada nasi yang putih-putih panjang tu…"

Azmi tegaskan dalam posting tu yang dia tak menipu atau pun memfitnah dan dia juga memilih untuk tak dedahkan nama warung tersebut.
Aduhaii nasib belum kunyah lagi. Lepas ni nak tapau lauk korang check dulu sebelum cedok. Bukan apa ini untuk keselamatan korang juga agar terhindar dari sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.