Header Ads

Lagi Sekali Tsunami Melanda Indonesia, Seramai 584 Orang Cedera Dan 43 Terkorban


Dipetik dari Hmetro, dianggarkan seramai 43 terk0rban, dan 584 orang cedera akibat tsunami melanda Selat Sunda di antara pulau Jawa dan sumatera pada malam Sabtu (22/12) lalu, lapor agensi bencana Indonesia.

Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata merka masih meneliti laporan kesan tsunami yang melanda Selat Sunda, khususnya di Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan

Jelas Sutopo Purwo lagi, tsunami berlaku sekitar jam 9.27 malam tadi (Waktu Malaysia 10.57 malam) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau. dan pihak berkuasa Indonesia masih menyelidik punca berlakunya tsunami itu.


"Faktor penyebab tsunami masih dalam penyelidikan oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) untuk mengetahui secara pasti.

"Kemungkinan disebabkan berlaku pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan gunung Anak Krakatau dan berlaku gombang air pasang dan kombinasi itu menyebabkan berlakunya tsunami secara tiba tiba," katanya.


Sutopo juga memberitahu pihak berkuasa Indonesia yang terdiri daripada BNPB, tentera, polis dan agensi-agensi berkaitan sedang menangani situasi itu.

"Jalan raya yang menghubungkan Serang-Pandeglang terputus akibat tsunami. Jumlah korban juga dikhuatiri meningkat,"

Saksikan video ketika kejadian berlaku di Selat Sunda :

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.