Header Ads

Lagi Kes Hilang Duit Dalam Akaun Sotong, Kali Ni Ada Logo Warna Biru Pulak


Dari minggu lepas tak habis-habis lagi kita dengar kes duit hilang dalam akaun. Nampaknya rata-rata duit yang hilang dari pengguna Cimb. Yang menjadi tanda tanya macam mana duit dalam akaun boleh lesap tanpa ada sebarang pengesahan dari pengguna seperti no tag.

Kes kali ini pula salah seorang mangsa Amiratul, berkata ada tanda logo warna biru sebelum nak login. Tapi tak sampai 5 minit zasss hilang semua duit dan hanya berbaki RM20 lebih.

"Sotong betullah. CIMB Clicks ni uolls. Hati-hatilah siapa nak gaji esok lusa. Masa nak login, tengok dulu ada tak 'protected by reCAPTCHA'.

"Kalau ada menatang ni, lupakan saja niat uolls nak login. Pergi ATM sajalah cucuk duit,"


Amiratul memberitahu, dalam jam 11 pagi, dia mahu memeriksa baki dalam akaun bank. Dari gambar yang dikongsikan,  Amiratul membuka laman sesawang CIMB Clicks melalui browser telefon bimbit dan alamat yang tertera di browser itu juga menunjukkan kekunci berwarna hijau yang bermaksud ianya sah dan selamat.

Tapi entah macam mana muncul pop up 'protected by reCAPTCHA' di sebelah kanan skrin. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa meneruskan aktiviti login seperti biasa. 

"Ummi login nak check balance dalam jam 11. Login tak sampai lima minit pun terus logout. 

Jam 11.30 pagi, bertalu-talu SMS Paypal kena tolak duit dalam akaun sampai licin (adalah tinggal RM20++ je). 


Dalam masa kurang dari 30 minit Ummi dapat 7 SMS Paypal. Terus call CIMB untuk sekat akaun. Esok kena pergi CIMB. Doakan moga-moga dapatlah semula duit dalam akaun itu. 




Tak banyak tetapi tetap duit. Tak ada orang nak bagi kau duit free okey,"

Sebelum ni, ada dua mangsa sindiket yang sama mengadu kehilangan wang dari akaun bank yang sama, masing-masing hilang sebanyak RM1,500 dan RM4,000+.

Ketiga-tiga kes ini dipercayai didalangi sindiket yang sama dengan di mana wang yang 'dicuri' itu dipindah ke akaun Paypal. 

Salah seorang mangsa memberitahu dia tidak pernah memiliki akaun Paypal dan berasa hairan bagaimana wang simpanannya boleh hilang dengan mudah tanpa pengetahuan mahupun keizinan darinya. 


Kes kehilangan wang dari akaun bank semakin membimbangkan para pengguna bank berkenaan dan dalam masa yang sama menggesa pihak bank terbabit mengambil langkah keselamatan untuk memastikan wang simpanan mereka selamat. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.