Header Ads

"Kucing adalah cinta hidup saya"- Nekad Berkahwin Dengan Kucing Selepas Kecewa Putus Cinta


Seorang wanita Barbarella Buchner, mengambil keputusan untuk berkahwin dengan 2 ekor kucing miliknya iaitu Spider dan Lugosi selepas kecewa dalam percintaan dengan bekas teman lelakinya setelah bersama selama 7 tahun.

Kedua-dua kucingnya itu dipelihara  sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London. 

"Kucing adalah cinta hidup saya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan,"


Pada tahun 2004,Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com, lapor Sinar Harian

Bagi membenarkan pelayar untuk berkahwin dengan haiwan peliharaan, laman web itu telah menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui.Salah satu darinya ialah tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Selepas pemohanan diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan “I do”.


Barbarella berkata ‘suami-suaminya’ itu membantu memulihkan keadaannya yang teruk dikecewakan selepas putus cinta.

“Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

"Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya,"


Malah Barbarella turut berkata bahawa dia juga tidak akan mengahwini kucing lain lagi sekiranya 2 kucing yang dikahwini itu mati.

"Jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya,"

Haishh kecewa teruk betul dia ni. Kalau sayang kucing bela je lah tak perlu sampai nak kahwin. Kumbang bukan seekor tau.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.