Header Ads

"Kita orang pergi minum dulu,nanti jumpa dekat hall"- Bridemaid Tahu Nak Buat Cantik Je Langsung Tak Ada ‘Function’


Perasan tak zaman sekarang, pengapit atau lebih popular dipanggil 'bridesmaids' seakan-akan menjadi benda wajib untuk memeriahkan suasana majlis perkahwinan. Tugas bridemaids ni selalunya pegangkan handphone pengatin, prepare tisu dan paling penting sentiasa tenangkan pengantin dalam apa situasi ketika majlis.

Tapi sayang, tak semua bridesmaid faham maksud dan tugas ni. Ada sesetengah mereka hanya tahu nak pakai sedondon pastu buat cantik je dalam gambar.

Seorang MUA telah meluah rasa terkilan dengan sikap bridesmaid yang meninggalkan pengantin dan biarkan pengantin tu sampai kena uruskan diri sendiri, terkial-kial mencari barang keperluan sebab semua bridesmaid ‘lepas tangan’.


Yang buat MUA ni geram, semua geng bridesmaid tu boleh tinggalkan pengantin sorang-sorang sebab nak pergi breakfast. Nak pergi breakfast tak salah tapi yang salah nya bila semua sekali pergi dan biar pengantin sorang diri. Baik tak payah guna bridemaids macam tu.


Tapi tak semua bridemaids ni tak guna. Menurut Intan, ada juga bridemaids yang sentiasa bersama dengan pengantin dan jalankan tugas masing-masing. 


Dipetik dari Mstar, tugas pengapit cukup sekadar untuk memudahkan pengantin dan bukannya perlu bekerja seperti orang gaji.

"Sepatutnya pengapit membantu pengantin pada hari bersejarahnya, bukan datang untuk mencantikkan gambar sahaja.

"Pengantin perempuan mestilah berdebar nak tunggu detik pernikahan. Jadi, peranan pengapit adalah untuk menemani dan menenangkannya,"


Malah semua itu dapat dielakkan jika kedua-dua pihak iaitu pengantin dan pengapit berkomunikasi dengan baik sebelum majlis berlangsung.

"Banyak benda yang pengapit boleh tolong. Contohnya, jagakan telefon bimbit pengantin atau ambilkan barang sedikit-sedikit ke... benda-benda macam itulah yang boleh mereka lakukan.

"Bukan tinggalkan pengantin seorang diri tanpa bantuan. Saya sendiri terkejut bila pengapit cakap mereka nak keluar bersarapan dan siap cakap nak jumpa pengantin terus di dewan sahaja nanti.

"Bukan seorang sahaja, tapi semua pengapit hilang. Saya pula yang kena tenangkan pengantin kerana dia tidak dapat kawal perasaan,"

Buat bakal pengantin tak salah kalau korang nak ada bridemaids tapi make sure yang bridemaids korang pilih tu dapat membantu dalam menjayakan majlis korang. Jangan nanti lepas majlis masing-masing buat muka pulak.

Nota : gambar hanya sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan kisah ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.