Header Ads

"Kenapa setan dibiarkan masuk dalam masjid"- Dah Diberi Tinggal Dalam Masjid Mencuri Pulak Dia Ni!


Dipetik dari perkongsian Ardie Shahrel, kejadian berlaku di Masjid Al-Istiqomah Antasari, Samarinda Ulu di Kalimantan Timur. Difahamkan lelaki itu menumpang tidur di masjid tersebut kerana telah kehabisan duit. Namun lain pulak niat dia bila dah diberi tinggal dalam masjid.


Melalui paparan video yang tersebar. Lelaki tersebut yang memakai kopiah putih berjalan masuk ke ruangan solat wanita  sambil tangannya memegang sesuatu kelihatan seperti kayu.


Lelaki itu bertindak memukul wanita yang sedang solat lantas cuba mencuri beg tangan wanita itu. Namun wanita itu dilihat tetap cuba melawan walaupun dipukul dengan kayu beberapa kali.


Akhirnya lelaki tersebut bertindak melarikan diri selepas mangsa dilihat melawan dan cubaan mencuri wanita tersebut gagal. 


Lelaki terbabit masih bebas dan masyarakat tempatan masih dalam usaha mencari lelaki tersebut.


Netizen mula mengecam tindakkan lelaki tersebut yang dikatakan tidak mengenang budi. Yelah sudah diberi tidur di masjid lain pulak niat dia. Sampai sanggup tu memukul orang yang sedang solat.




Harap mereka cepatlah jumpa lelaki ni. Risau nanti ramai yang jadi mangsa dia. Kalau tak ada duit kerjalah jangan lah mencuri macam ni. Dalam rumah Allah pun sempat lagi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.