Header Ads

Ibu Nick Jonas Hadiahkan Priyanka Chopra Subang Bertahtakan Permata Bernilai RM332k


Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan pada Ahad lepas di sebuah Istana Umaid Bhawan, India. Bangunan bersejarah yang mempunyai 347 buah bilik itu mula dibina pada tahun 1928 dan dinamakan sempena nama Maharaja Umaid Singh.


Dipetik dari Astro Awani, Priyanka Chopra yang merupakan menantu perempuan kedua telah menerima sepasang anting-anting bernilai AS$79,500 (RM332,665) daripada ibu Nick Jonas, Denis.


Kalau nak tahu, Denis sendiri telah telah memilih anting-anting 6.7-karat, daripada gabungan antara emas dan berlian berjumlah 170 butir permata semuanya. Anting-anting daripada koleksi The Snowflake itu bertatahkan berlian berkualiti tinggi, memberikan 'impak suci, bersih dan berkilau,' menurut deksripsi di laman web Van Cleef & Arpels.


Perbezaan umur sebanyak 11 tahun antara Nick Jonas dan Priyanka Choopra, tidak menjadi penghalang penyatuan hati antara pasangan ini. Nick Jonas yang kelihatan sangat selesa menyesuaikan diri dengan adat dan budaya India, kelihatan segak mengenakan baju tradisional India, di samping Priyanka Choopra.






Sememangnya perkahwinan campur antara selebriti ini amat dinantikan oleh para peminat. Malah pemandangan menarik dan indah di Istana lama Umaid Bhawan ini juga telah memukau hadirin dan peminat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.