Header Ads

Gayoung Mendedahkan Bagaimana Stellar Dipaksa Ke Dalam Konsep Sek sual


Bekas ahli kumpulan Stellar, Gayoung memdedahkan mereka terpaksa mengamalkan konsep sebagai gadis sek si untuk menimbulkan provokasi bagi menaikkan nama Stellar. Namun perjalanan kisah kumpalan Stellar tidak bertahan lama.

Selepas pembubaran kumpulan Stellar, Gayoung menjalankan perniagaan kafe di Seoul. Ketika ditemu ramah wartawan Insight, Gayoung telah membuka kisah yang dia hadapi dalam tempoh 7 tahun semasa mempromosikan Stellar.


"Pada awalnya debut kami berkonsepkan gadis comel. Waktu itu kami mendapat banyak perhatian kerana kami adalah kumpulan yang dihasilkan oleh Eric Shinhwa."

Menurut Gayoung, Stellar tidak berfungsi dengan baik selama 3-4 tahun dan kemudian meninggalkan agensi Eric dan memutuskan untuk melepaskan "Marionette" dengan konsep seksi.

Ketika MV "Marionette" dijalankan mereka diminta untuk minum susu yang telah pun bocor. Ahli lain hanya mengikut arahan tetapi adegan itu diedit dalam bentuk sek su al.


"Semasa penggambaran dijalankan kami sama sekali tidak tahu yang ia akan diedit dalam bentuk sebegitu. Bayangkan kami yang ketika itu baru berusia 20 tahun berasa sangat terkejut bila melihat MV tersebut. Ada juga ahli yang tak dapat minum susu putih sejak itu."

Jelas Gayoung lagi semasa penghasilan MV Vibrato meraka juga disuruh untuk memakai pakaian yang menonjol malah lebih seksi dari "Marionette". Bila mereka menolak , pihak pengurusan mula mengugut mereka tentang perjanjian kontrak.


"Apabila kami memberitahu mereka, kami tidak mahu melakukan ini"

"Mereka berkata, anda lebih baik memikirkan kontrak dengan agensi itu."

"Pada usia muda, kami takut untuk melanggar kontrak kerana akan dikenakan bayaran penalti nanti"

Gayoung memberitahu Stellar adalah memori yang ingin dia lenyapkan. Gayoung juga menegaskan dia tidak akan kembali ke dunia tersebut.


"Pada pandangan orang lain mungkin dunia idola ni kelihatan hebat tapi saya sama sekali tidak akan kembali ke dunia tersebut."

"Bagi anda yang mempunyai impian untuk menjadi bintang berusahalah sehabis baik. Jika anda tidak berjaya jangan anggap itu sebagai kegagalan, mungkin ada jalan lain yang lebih sesuai untuk anda"

Pergh patutlah semua MV kumpulan ni pakai sek si semua. Rupanya pihak pengurusan yang paksa mereka. Ishh teruk betul! Elok pun dah kena bubar.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.