Header Ads

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

Perasan tak kebelakangan ni isu kesihatan mental mula mendapat perhatian rakyat Malaysia terutamanya apabila depression atau kemurungan menjadi penyakit kesihatan mental paling utama di negara ini. Direkodkan sejak 2011 sehinga 2015 pertambahan sebanyak 50 peratus kadar depresi telah berlaku dalam kalangan kita.

Kebiasaannya mereka yang diagnosis sebagai pesakit mental akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan. Namun bagi kes yang agak serius mereka akan di tempatkan di Wad Psikiatri mana-mana hospital.

Seorang gadis telah berkongsi cerita ketika berada di dalam Wad Psikiatri. Menurut gadis ini dia pernah masuk ke dalam wad ini sebanyak dua kali.

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri
Doktor masukkan ke dalam wad yang sama dengan masalah mental yang sama dan dipantau selama 24 jam kerana dikhuatiri pesakit akan mencederakan diri mereka dan orang di sekeliling.

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

'Rasa nak samak mata setiap hari'

Setiap hari nampak benda yang bukan-bukan. Dah la pesakit dalam tekanan, karenah pesakit lain lagi menambah penderitaan. Kasihan kat mereka.

Mandi dengan pintu toilet tak berkunci, mesti rasa tak selamat setiap saat. Apatah lagi, terdapat pesakit yang 'sengaja' buat bukan-bukan.

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

'Pesakit Skizo hampir bunuh nurse'

Ada sebab kenapa pesakit hanya dibenarkan membawa diri sahaja ke dalam wad. Inilah contohnya. Bayangkan, dengan shower cap pun boleh buat cubaan nak bunuh nurse.

Mungkin nurse trauma. Namun, yang lebih trauma adalah pesakit kerana setiap hari terpaksa tidur bersama pesakit-pesakit lain termasuk mereka yang menderita penyakit Skizoprenia.

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

'Pakai tudung labuh tapi cuba bunuh diri'

Ada macam-macam individu dengan masalah mental yang gadis ini temui. Temasuklah seorang gadis yang bertudung labuh yang cuba untuk membunuh diri dengan dengan cara membakar bilik dan mengurung dirinya di dalam bilik.

Ternyata, masalah mental tidak mengira latar belakang seseorang termasuk mereka yang kuat pegangan agamanya.

Dapat lagi keluarga yang tidak memahami, lagi stress lah si pesakit. 

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

'Ramai cakap dibuat-buat'

Macam yang kita selalu lihat kat alam maya ni, ramai yang perlekehkan pesakit mental terutamanya yang mengalami kemurungan, seolah-olah penyakit mereka itu dibuat-buat.

Andai saja anda ditempat mereka, pasti anda faham sebenarnya ia datang dengan sendirinya dan mereka juga tidak mahu berperangai sedemikian.

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

Salah seorang individu yang turut sama pernah ditahan di dalam wad psikiatri

Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri di Wad Psikiatri

Kesimpulannya, ada banyak lagi kisah pengalaman di wad psikiatri yang mungkin tidak pernah dikongsikan. Jadi, kepada anda di luar sana yang mungkin ada kenalan yang mengalami masalah mental, ada baiknya anda menghubungi pihak Befrienders kerana dikhuatiri pesakit tersebut akan membahayakan dirinya dan orang sekeliling.

Sumber: Twitter @bqishamin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.