Header Ads

Gacy Si Psik0 Yang Suka G0da Budak Lelaki Untuk Ajak Main Sehinggalah...


Bila cerita pasal orang psiko mesti rasa takutkan. Iyalah orang psiko ni boleh sampai tahap membun0h tau. Memang satu penyakit bahaya. Tapi apa yang mendorong mereka untuk menjadi psiko? Jom sama-sama kita baca kisah terjadinya 'Pogo The Clown'


John Wayne Gacy selalu dibuli bapanya dan menjadi mangsa c4bul sedaranya sendiri.

Seorang budak lelaki John Wayne Gacy dilahirkan pada 17 Mac 1942 dekat Chicago. Merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik dan satu-satunya anak lelaki kepada pasangan John Stanley Gacy dan Marion Robinson.

Ketika berusia 4 tahun, Gacy dibuli secara fizikal dan lisan oleh bapanya yang juga seorang pem4buk. Walaupun dibuli dengan teruk, Gacy tetap kagumi ayah dia dan selalu minta kebenaran untuk sesuatu keputusan yang dibuat. Sebagai balasan kepada kebenaran yang diberi tu, bapa dia akan hina dia dengan cakap yang Gacy ni bodoh dan perangai macam perempuan.

Masa usia 7 tahun, seorang kenalan daripada keluarga Gacy telah menc4bul dia berkali-kali. Tapi, Gacy tak pernah beritahu ibu bapa dia sebab takut bapa dia salahkan dia balik dan bagi hukuman lebih teruk.

Mempunyai masalah kesihatan dan lari dari rumah.

Apabila meningakat remaja, Gacy disahkan mempunyai masalah hati yang menyebabkan aktiviti fizikal dia terbatas. Disebabkan tu, berat badan dia berlebihan dan selalu kena hadap ejekan daripada kawan kelas.


Gacy pernah pengsan dan dimasukkan ke wad selama beberapa bulan tapi bapa dia cakap dia tipu sebab doktor tak dapat sahkan penyakit dia. Lima tahun kemudian, baru doktor dapat sahkan yang dia ada darah beku dekat bahagian otak tetapi berjaya dirawat.

Bapa dia masih tetap hina dan pukul dia dengan kerap tanpa apa-apa sebab. Disebabkan masalah kesihatan, Gacy selalu tak dapat protect diri sendiri setiap kali kena belasah dengan bapa.

Gacy juga ambil keputusan untuk berhenti sekolah sebab ketinggalan dalam pelajaran. Makanya, lagilah bapa dia duk panggil Gacy ni bodoh. Disebabkan tak tahan dengan perangai bapa dia, Gacy telah melarikan diri ke Las Vegas ketika usia 18 tahun.

Pelik tapi benar, disini lah baru tersedar ada n4fsu pada lelaki.

Di Las vegas, Gacy dapat kerja dekat rumah mayat dan selalu habiskan masa kerja sampai tengah malam. Pada malam terakhir bekerja dekat situ, Gacy masuk ke dalam keranda dan main dengan mayat seorang remaja lelaki. Ketika itu dia jadi confused sebab baru sedar yang dia ada n4fsu dan rangs4ngan s3ksual dengan mayat lelaki.


Gacy berjaya sambung belajar dekat sebuah universiti dan graduate pada tahun 1963. Lepas tu dapat kerja dan jumpa dengan Marlynn Meyers, then terus kahwin lepas bercinta 9 bulan. Dua tahun kemudian, dia berjaya menguruskan 3 cawangan KFC milik bapa mertua dia. Kehidupan dia normal dan berjaya sampai 1968.

Budak kerja KFC menjadi mangsa ker4kusan Gacy

Ingatkan dah kahwin tak s0ngsang dah, rupanya selama bekerja dekat KFC, Gacy dah buat hubungan s3ks dengan ramai remaja lelaki yang bekerja dekat restoran tu. Gacy telah gunakan sebuah bilik bawah tanah sebagai tempat lepak dengan mangsa-mangsa dia.


Cara Gacy tarik perhatian mangsa dia adalah dengan offer air arak secara percuma dan p0rn0grafi. Bila mangsa dah terlampau mabuk, dia pun ambil kesempatan mer0gol. Gacy akan buat ‘projek’ dia ni pada masa yang sama isteri dia tengah uruskan anak-anak di tingkat atas.

Tapi semuanya kantoi bila Gacy ambil seorang remaja 15 tahun, Donald Voorhees untuk bekerja dirumahnya. Donald buka mulut pada Mac 1968 dan beritahu bapanya tentang apa yang Gacy dah buat dekat dia. Pada masa yang sama, seorang remaja 16 tahun pun ada buat laporan polis dan Gacy akhirnya ditahan.


Gacy dihukum penjara selama 18 bulan sebab mencabul remaja. Tahun yang sama juga Gacy bercerai dengan isterinya sebab dah kantoi yang dia ni biseksual (suka perempuan dan lelaki). Mereka dikurniakan dua anak perempuan.


Pada tahun 1972, Gacy berkahwin kali kedua dan kali ni dengan rakan sekolahnya, Carole Hoff.

Bermulanya perjalanan hidup kisah ‘Pogo the Clown’ 

Dia dibebaskan awal disebabkan kelakuan baik dan Gacy ada tubuhkan satu syarikat pembinaan di mana dia hanya ambil pekerja muda je. Masa ni baru muncul status baru dia iaitu ‘Pogo the Clown’ di mana pakaian badut tu direka sendiri oleh Gacy.


2 Januari 1972, Timothy Jack McCoy berusia 16 tahun menjadi mangsa bun0h pertama mamat psiko ni. Masa tu, Timothy nak tidur dekat terminal bas dekat Chicago sementara tunggu bas. Gacy ambil peluang tu dengan offer Timothy pusing pusing area bandar dan tumpang tidur dekat rumah dia. Keesokan pagi, Gacy bangun tidur dan nampak Timothy tengah pegang pisau.

Menyangka remaja tu nak bun0h dia, Gacy pun rampas pisau dan tik4m Timothy sampai mati. Tapi rupa-rupanya baru dia perasan yang budak tu pegang pisau sebab tengah siapkan sarapan dan pergi bilik untuk kejutkan Gacy.


Walaupun tak ada niat nak bun0h, Gacy mengaku yang n4fsu s3ksual dia terangs4ng sampai nak klim4ks waktu dia tengah tikam Timothy tu. 

Wujud tempat bawah tanah yang di panggil ‘crawl space’

Lepas Timothy, Gacy jadi ketagih dan telah rog0l sebelum bun0h lebih ramai remaja. Kesemua may4t dorang ditanam dekat bawah rumah dia yang dipanggil ‘crawl space’.


Sepanjang tahun 1976 hingga 1977, Gacy telah bun0h seramai hampir 20 orang remaja. Pada tahun 1978, Gacy akhirnya kantoi bila mangsa terakhir, Robert Piest, berjaya dikesan pihak polis. Lepas siasatan dibuat, polis berjaya jumpa 27 may4t dekat bilik bawah tanah, 4 may4t dekat halaman rumah dan 2 telah dibuang ke dalam sungai.



Gacy dijatuhkan hukuman suntikan maut pada Mei 1994 dan menurut ramai pihak, sebelum mati tu Gacy sempat cakap ‘kiss my ass’.


Hanya 25 daripada 33 mangsa berjaya dikenal pasti pada ketika itu. Identiti lagi 8 mangsa tu hanya berjaya dikenal pasti selepas berpuluh tahun. Menurut ThoughtCo, ujian DNA telah dibuat pada tahun 2011 hingga  2016 untuk kenal pasti identiti 8 mangsa tersebut.

Jadi dari kisah ni dapat kita lihat, penderaan dari kecil mampu untuk merosakkan hidup seorang anak. Jika bapanya tidak menghina dan pukul Gacy perkara ini mungkin tak akan terjadi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.