Header Ads

Dibayar RM8 Bagi Setiap Sesi, Orang Utan Didera Dan Dipaksa Menjadi Pelacur


Kisah orang utan ini suatu ketika dahulu pernah mengejutkan orang ramai. Penderitaan dilalui haiwan malang bertahun lamanya sebelum berjaya diselamatkan daripada individu yang menculik dan menderanya secara fizikal dan s3ksual. Jom baca kisah orang utan malang bernama Pony ini.

Pada ketika itu usianya masih bayi, Pony telah diculik dan dipisahkan daripada ibunya. Penculik tu kemudian menyimpan Pony di sebuah rumah pelacuran miliknya terletak dekat kampung Kareng Pangi, Kalimantan Tengah.


Kalau nak tahu Pony didera dan dieksploitasi oleh pemilik rumah pelacuran tu.. Bagi menyimpan dan mengelakkan haiwan tu melarikan diri, mereka ikat Pony pada dinding! Menurut New Idea, pemilik rumah pelacuran tu akan cukur bulu di keseluruhan badan Pony setiap 2 hari dan dipakaikan mekap.

Demi mahu menarik perhatian ‘pelanggan’, Pony juga dipakaikan anting-anting serta minyak wangi. Disebabkan tiada bulu, badan Pony digigit nyamuk serta dipenuhi dengan luka akibat didera.

Bukan sekadar didera oleh si penculik, Pony disimpan di sebuah bilik dan dipaksa melakukan hubungan s3ks dengan pelanggan rumah pelacuran tersebut.


Malah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan akan kunjungi tempat itu dan membayar pemilik rumah pelacuran tersebut sebanyak $2 (Lebih kurang RM8) untuk melampiaskan nafsu mereka.

Dah lah kena layan nafsu lelaki durjana yang bersaiz dua kali ganda daripadanya, Pony juga diajar dan dipaksa untuk menggoda dengan membuat s3ks 0ral kepada ‘pelanggannya’.

Semasa serbuan pemilik rumah pelacuran itu enggan melepaskan Pony kerana menurutnya, haiwan itu juga memberinya pendapatan kerana akan ada yang datang untuk melakukan hubungan s3ks dengan Pony.

Salah seorang ahli pasukan sukarelawan memberitahu yang ketika mereka cuba dapatkan Pony, pemilik rumah pelacuran tu mengugut mereka, lapor Lone Droscher-Nielson


“Dia (Pony) digunakan sebagai hamba s3ks. Pemilik rumah pelacuran tu enggan melepaskan Pony dan sewaktu kami cuba menyelamatkannya, dia ugut kami guna parang.”

Februari 2003, ketika usianya kira-kira 6 tahun, Pony berjaya diselamatkan oleh sukarelawan. Dia dijumpai dalam sebuah bilik gelap dalam keadaan diikat pada dinding dan dipakaikan mekap serta badan dipenuhi kesan gigitan nyamuk.

Menurut Borneo Orangutan Survival Foundation UK, telah memaklumkan yang pihak mereka terpaksa bawa sehingga 35 pegawai polis bersenjatakan AK-47 untuk mendapatkan Pony dek kerana penculiknya enggan bekerjasama dan melepaskannya.

“Tiada siapa tahu berapa lama Pony ditahan di sana. Pemilik rumah pelacuran tu berkeras untuk tidak mahu melepaskan Pony. Padanya, Pony adalah mesin wang tunai dan membawa tuah.”


Pony akhirnya dilepaskan semula dekat kawasan hutan terjaga di Pulau Kaja pada tahun 2013. Ketika itu, berat Pony 60 kilogram. Selepas 15 tahun dibawah jagaan dan rawatan, orang utan bernama Pony ini akhirnya sihat dan bebas dari trauma.

“Pony kini berusia 21 tahun dan dalam keadaan yang sihat. Dia mempunyai selera makan yang banyak dan memberi tindak balas kepada alatan untuk mempertingkatkan kemahirannya yang disediakan oleh pasukan kami,” beritahu Borneo Orangutan Survival Foundation.

Ishh sumpah teruk gila dia layan haiwan ni. Lagi teruk orang yang bernafsu nak main dengan haiwan ni. Hilang akal dah agaknya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.