Header Ads

"Dia siap bawak KFC lagi nak ajak tido sekali"-Pelajar Lelaki Kena Usya Dengan Pakcik Creepy


Selalunya pelajar perempuan je selalu rumah dia kena usya ni. Tapi zaman dah berubah, pelajar lelaki pun kena usya jugak. Siap ketuk pintu tu nak mintak masuk rumah. Gila seram pakcik ni.

Melalui posting di twitter, Syafiq memberitahu pakcik tu adalah jiran dia dekat tingkat atas dan sedar yang lelaki tu selalu ‘usha’ dia dari rumah. Tapi, satu hari tiba-tiba pakcik tu ambil tindakan berani untuk cuba ‘mendekati’ dia.


Pakcik tu bukat setakat suka ‘usha’ tapi pandang ‘ada makna’. Rupanya, dia tahu yang hari tu Syafiq tinggal seorang dekat rumah sewa dia sebab housemate keluar. Jadi pakcik ni ambil kesempatan lah konon-konon nak berkenalan.

Bukan setakat nak kenal, dia siap ‘pancing’ Syafiq dengan makanan dan ajak pergi rumah dia dekat tingkat atas tu untuk tidur sekali!

Syafiq juga sempat rakam perbualan dengan pakcik ‘creepy’ tu untuk dikongsi dengan kawan dekat Whatsapp group.


Bila Syafiq masih berkeras tak nak bukan pintu .Jadi dia cuba cara lain pula. Dia buat buat tanya Syafiq,

"Awak tak mengantuk ke?"

"Bosan pula korang tak ada, sunyi rumah tu. Kalau tidak, ada orang."

Rupanya ramai juga lelaki kongsi pengalaman dorang yang lebih kurang sama lepas baca and dengar perbualan Syafiq dengan pakcik tu. 



Syafiq sempat pesan dekat orang lain supaya berhati-hati bila berseorangan dekat rumah dan jangan mudah termakan dengan kata-kata.


Pergh gila seram. Kalau macam ni mau pindah rumah admin.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.