Header Ads

"Bukan sengaja tapi kami terpaksa campak kotak air zam zam tersebut"- Pihak KLIA Tampil Beri Penjelasan


Beberapa jam yang lepas telah viral satu video, di mana petugas KLIA dikatakan bertindak biadap kerana telah mencampak air zam zam ke lantai. Tindakkan petugas KLIA tersebut telah mendapat perhatian dan kecaman dari netizen.


Dek kerana viralnya video tersebut. Kakitangan yang ditugaskan di bahagian ketibaan KLIA memberikan penjelasan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai tidak menyalahkan mereka yang juga dalam keadaan terpaksa. 

Minta tolong viralkan, kami pekerja di bahagia ketibaan KLIA tidak bersalah. Anda tidak mengetahui situasi ketika itu. Keadaan ini berlaku ketika SV3680 yang sepatutnya keluar bagasi di conveyor F kemudian ditukarkan ke vconveyor G disebabkan masalah teknikal. Dalam masa yang sama, PR527 juga keluar di conveyor G.

Bayangkan betapa padanya conveyor itu dan boleh mengakibatkan conveyor tersebut tersangkut jikalau kami pekerja arrival tidak mengeluarkan bagasi-bagasi dan kotak air zam zam tersebut dari conveyor. 

Satu hari juga dan mungkin berhari-hari conveyor tersebut tidak akan dapat digunakan disebabkan tersangkut, malah ia akan menyusahkan anda untuk menunggu bagasi di masa akan datang. 


Fauzan Mohd turut menjelaskan air zam zam tersebut sepatutnya keluar pada bahagian barang yang overweight. Tapi last minit dapat arahan kena bercampur dengan bagasi lain.

Sepatutnya kotak air zam zam dikeluarkan di OOG (bahagian keluar semua beg besar atau barang-barang bersaiz besar), tetapi kami mendapat arahan ia akan bercampur dengan bagasi lain. 

Kami minta maaf kerana harus mencampak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark. Kami perlu asingkan kotak air zam zam tersebut dulu secepat mungkin supaya ia tidak pecah sia-sia di atas conveyor tersebut. 

Kami tidak dapat melakukan pengasingan kotak air zam zam satu persatu di lantai kerana bagasi telah bercampur di conveyor. Kami tidak melangkah air zam zam tersebut kerana ia haram. Kami mencampak kotak itu ke lantai sebelah kami untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. 


Jelasnya lagi, selepas conveyor bergerak lancar mereka telah menyusun kotak tersebut ditepi dalam keadaan baik. Malah ada juga para penumpang yang membantu untuk mengasingkan kotak air zam zam, untuk memudahkan orang lain mengambil bagasi

Mencampak kotak air zam zam tidak haram dan di dalam Al-Quran juga tidak mengatakan mencampak air zam zam adalah haram. Kami tahu kotak air zam zam itu akan diambil lambat oleh para umrah dan haji kerana mereka berada di dalam kumpulan. Ia sudah biasa berlaku pada kami. Kami juga menyusun kotak air zam zam tersebut di tepi, dengan elok apabila conveyor telah bergerak lancar dan passenger semakin berkurangan. 

Jika kuantiti kotak air zam zam itu sedikit, biasanya kami akan bawa dan simpan di pejabat elok-elok untuk dituntut oleh passenger yang lambat tiba di balai ketibaan. Anda juga boleh bertanya kepada ketua-ketua group Umrah dan Haji tentang perkara ini sebab kebaikan mereka dan kefahaman mereka tentang situasi ini. 

Mereka juga turut membantu kami mengasingkan kotak air zam zam. Ada passenger group umrah dan haji yang membantu kami juga melakukan perkara yang sama untuk melancarkan conveyor dan menyenangkan para passenger mengambil bagasi mereka. Kami sangat berterima kasih kepada anda yang selalu membantu kami.


Akhir kata, Fauzam memberitahu ini hanya satu salah faham dan berharap perkara ini tidak dihebohkan lagi kerana mungkin akan jatuh fitnah.

Hanya kerana pekerja arrival KLIA satu dunia saja yang tahu bagaimana kami berkerja keras untuk melancarkan proses terakhir passenger untuk berjumpa dengan orang tersayang. Kami cuma nak mencari rezeki yang halal dan harap anda tidaklah mengikat perut kami disebabkan salah faham ini. 

Kami minta jasa baik anda bersihkan kembali nama hamba Allah tersebut. Harap anda tidak menghebohkan perkara yang belum tentu sahih kerana ia akan dijatuh kepada fitnah dan kami tidak mahu anda dihukum Allah kerana salah faham di antara saudara Islam. Kami cuma mahu penyelesaian yang baik sahaja.

Diharapkan tak ada pihak yang salah faham lagi ye. Mereka terpaksa baling bukan sengaja baling. Sejujurnya conveyor bagasi memang ada limit berat dia. Kalau terlampau berat dan banyak barang conveyor tak boleh bergerak dan akan menjadi rosak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.