Header Ads

Berkecai Gigi Mamat Ni Gara-Gara Vape Punya Pasal


Hisap vape dah jadi macam trend sekrang ni. Rata-rata perokok diluar sana memilih vape untuk menggantikan ‘ketagihan’ mereka terhadap rokok. Tapi pengguna vape perlu berhati-hati kerana alat itu mudah meletup sehingga mengakibatkan kecederaan.

Macam yang jadi dekat seorang remaja ni.Christopher Krein 21 tahun dari New Orleans, berhadapan detik mengerikan apabila giginya berkecai dan rahangnya pecah di tiga bahagian.


Ibunya Mailan Krein, ketika itu sedang bekerja menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan bahawa anak mereka kini berada di wad kecemasan. 

Krein memberitahu dia selalu menegur tabiat anak lelakinya itu yang kuat merokok, so dalam usaha untuk mengurangkannya, Christopher mencuba vape pula.


Christopher dikejarkan ke hospital dimana rahangnya didapati pecah di tiga bahagian, beberapa serpihan logam melekat di mulutnya dan giginya hancur, lapor  fox8live.

"Dia juga memerlukan darah tambahan kerana terdapat pendarahan teruk, tetapi saya paling bimbangkan dia akan kehilangan lidahnya, syukur ianya masih OK."

Ketika kejadian sebenarnya Christopher sedang bersiap untuk ke tempat kerja, sebelum tiba-tiba berlaku letupan kuat, malah Christoper memaklumkan dia seolah-olah berasa seperti ada tembakan di dalam mulutnya.


Christopher menyalahkan jenama pen vapingnya kerana sebelum ini katanya laman web jenama tersebut ada memuat naik amaran mengenai bateri pen vaping tersebut boleh gagal dan meletup.

Note : Kegagalan biasanya berlaku apabila pengguna menggunakan bateri dengan cara yang salah.

Ekoran kejadian tersebut, keluarga Christopher telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan perundangan dan berhadapan dengan bill perubatan setinggi RM1.25 juta.

Aduhaii tak memasal dah ronggak. Stop je lah guna vape. Stop jugak sekali hisap rokok. Selesai masalah!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.