Header Ads

Belum Reda Pasal Tsunami, Indonesia Dilanda Bencana Puting Beliung Pula


Pada 22 Disember lepas kita telah dikhabarkan denagan berita bencana Tsunami yang berpunca dari gunung berapi Anak Kratakau. Kini tak sampai dua minggu lagi Indonesia dilanda puting beliung dahsayt pula. MasyaAllah


Menurut Jakarta Post, pada 30 Disember kawasan Panguragan di Cirebon, Jawa Barat telah dilanda puting beliung. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan) dan telah mengorbankan satu nyawa dan merosakkan 165 buah rumah.

"Seorang meninggal dunia, berusia 4 tahun ditimpa runtuhan rumah."


Insiden puting beliung itu juga telah menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di kebanyakan tempat dan kerosakan dua buah masjid. Difahamkan kesan daripada puting beliung itu kini sedang dikaji oleh Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia.


Terkini pihak berwajib sedang gigih menjalankan kerja membaik pulih tenaga elektrik yang rosak akibat puting beliung tersebut. Segala data mengenai insiden sedang dikutip dari pihak berkuasa, ketua kampung, sukarelawan kemanusiaan untuk kajian kesan puting beliung.

Lihat gambar kemusnahan yang berlaku kerana puting beliung:




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.