Header Ads

3 Benda Penting Korang Boleh Buat Jika Dilanggar Pemandu Yang Tiada Roadtax Dan Lesen


Apabila terjadinya kemalangan kita pasti akan trauma dan berfikir di luar kewarasan dalam membuat sebarang keputusan. Walaupun kita sudah berhati-hati dalam pemanduan, kemalangan tetap boleh terjadi kalau pemandu lain cuai di atas jalan raya. Lagi teruk jika pemandu tersebut tidak mempunyai lesen,insuran dan cukai jalan.

Disini seorang peguam Nor Zabetha telah kongsikan 3 tips berguna buat korang sekiranya menghadapi situasi tersebut.

Cara untuk buat tuntutan.

Bila berhadapan dengan situasi tersebut kita akan ‘consider’ banyak benda antaranya especially boleh ke kita membuat sebarang tuntutan?

Jangan risau, sebab korang tetap boleh ‘claim’ kerana kemalangan telah berlaku dan anda telah mengalami kerugian disebabkan kemalangan tersebut (terutamanya bila kereta rosak teruk).

‘Of course’ anda boleh claim daripada individu yang melanggar anda pada ketika itu dan kepada pemilik kenderaan (jika pemandu bukan pemilik kenderaan). Kerana mereka tidak dilindungi, so korang boleh saman atas kapasiti persendirian.

Jelas Nor Zabethe, sekiranya korang menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka untur membayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, korang jangan risau sebab boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.


Make sure ambil butiran kenderaan dan pemandu

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar dan gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis)

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PALING PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar (nama penuh), kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik

5) Buat laporan polis bagi kmlngan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kmlngan dan membuat laporan penuh serta lakaran kmlngan.

6) Hubungi pihak insurans anda.


Kalau boleh elakkan 'bincang tepi' sebab ada kemungkinan pihak tersebut akan lari

Pastikan korang selesaikan urusan pembaikian kenderaan terlebih dahulu then lantik peguam dan mulakan tindakan di mahkamah.

Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

PALING PENTING!

Elakkan settle kat luar sebab kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari.

Diharapkan dengan adanya tips ini sedikit sebanyak boleh tambah ilmu kita jika berlaku kemalangan. Sekurangnya kita tau nak buat apa dan tak ada la blur sangat.

Sumber dipetik dari Lobakmerah.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.