Header Ads

Video Adik Ni Menagis Kena Tahan Polis Mendapat Perhatian Netizen


Alahai lucu dan comel je tengok karenah dia ni, sampai polis pun jadi bingung nak tahan ataupun tidak. Memandangkan video itu mendapat perhatian netizen di Malaysia dan Indonesia. Ini kesinambungan kisah adik tersebut.



Dari video itu kita dapat lihat adik ini ditahan sewaktu polis tengah buat roadblock, bahkan dia tak pakai topi keledar sewaktu menunggang pacuan 2 roda itu.

Bila dah ditahan, adik M.Rizki menangis ketakutan sambil berusaha menghindari pihak polis. Apa yang lebih melucukan lagi bila menangis merayu-rayu untuk dilepaskan kerana risau motorsikal yang ditunggang itu ditahan.


Dia hanya menangis ketakutan apabila pihak polis berhajat untuk memberitahu orang tuanya. Video yang berdurasi 1 minit 7 saat itu telah mencuit hati netizen. Video ini berlaku di Indonesia.


Ekoran dari viralnya vidoe tersebut, Rizki menerima hadiah basikal daripada Polres Lombok Timur.( Polis Lombok Timur). Dengan harapan, agar tidak menunggang motorsikal lagi kerana masih belum cukup umur.



Hahaha tahu takot kena tahan polis. Buat adik-adik yang masih bawah umur jangan berani sangat naik motor. Nanti jadi apa-apa dah susahkan mak ayah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.