Header Ads

Ustaz Aiman Ditegur Non-Muslim. Kali Ni Berkaitan Isu Depression Pula


Ekoran dari tulisan Ustaz Aiman di Instagram, seorang netizen bernama Brian berkata walaupun dia bukan seorang Muslim tapi dia mempunyai pemahaman secukupnya mengenai agama Islam sebagai sebuah agama yang aman.

Bila dia dapat tau Ustaz Aiman seorang pendakwah, mestilah dia suka sebab ada pendakwah guna platform media sosial untuk sebarkan perkara positif.



Tapi bila Ustaz sebagai seorang pendakwah yang sepatutnya memberikan inspirasi dan kongsikan  pengajaran berguna kata ‘kehodohan alam’ pada orang, teruslah Brian ni geram.

Sebab padanya, Ustaz yang turut digelar Ustaz Minho oleh netizen ni seolah-olah menghina ciptaan Tuhan bila kata macam tu.


Bagi Brian, mungkin juga orang yang letak sticker pada muka tu terlalu cantik atau takut rupanya diperkatakan.

Ibarat orang memakai niqab, sama ada nak elakkan rupanya diperhatikan orang lain atau nak sembunyikan ketidaksempurnaan rupa mereka.

"Depression atau kemurungan adalah satu penyakit yang bukan boleh dibuat main-main."

Jika betul dia pun ada depression, sepatutnya Ustaz Aiman faham untuk buat orang lebih gembira menerusi kata-kata motivasi supaya mereka lebih ceria, bukannya kutuk orang.

Brian pun sempat nasihatkan Ustaz Aiman supaya bertaubat dan perbetulkan balik kesilapannya.


Lepas ni masing-masing kena berfikir panjanglah dulu sebelum kata apa-apa. Tak manis bila orang bukan Muslim dah tegur macam ni pulak pada seorang pendakwah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.