Header Ads

Trend Baru Remaja Sekarang Minum Air Dari Tuala Wanita


Dipetik dari Malaysiakini, ada kegilaan baru yang dikesan dalam kalangan remaja Jakarta dan bandar sekitarnya iaitu dengan meminum air daripada tuala wanita! 

Isu penagihan air rebusan tuala wanita yang dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tangerang ini sebenarnya berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan ‘puas’ itulah yang membuatkan trend ini jadi viral kepada remaja lain.


“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” kata Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty.

Disebabkan idea minum rebusan ‘pad’ ni kebabom sangat, penyelidik Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sampai terkejut bila dapat tahu kegemaran terbaru remaja kat Indonesia ni.


Kata Yessi Permana, bukan isu mabuk yang buat dia bimbang tapi air rebusan ni sebenarnya sangat berbahaya sebab mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh beri kesan kepada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang bahaya kepada badan kita.

Weii apa benda korang ni. Minum air rebusan pad bagai!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.