Header Ads

Susulan Insiden Tunjuk Jari Tengah Pada Promoter Beer, Edi Rejang Tampil Mohon Maaf


Semalam telah tular satu insiden dimana seorang lelaki telah menunjukkan isyarat 'jari tengah' pada promoter beer. Ekoran dari viralnya video tersebut, lelaki itu yang dikenali sebagai Edi telah menerima kecaman dan hinaan dari netizen Malaysia.

Susulan dari kes itu, Edi telah tampil membuat pemohonam maaf secara terbuka dan dia amat kesali dengan tindakkan melampau yang dia lakukan terhadap promoter tersebut.


"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. 

"Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut. Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak, memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf terhadap pihaknya. 

"YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian terima kasih." 


Melalui satu posting di twitter, seorang netizen telah menceritakan serba sedikit tentang Edi.


Edi yang telah bekerja dengan sebuah syarikat selama 10 tahun telah diberhentikan kerja serta-merta berikutan viral video tersebut. Keadaan itu menyebabkan Edi hilang sumber pendapatan keluarga, ditambah pula dengan isterinya yang tidak bekerja.



Difahamkan, anaknya yang bersekolah di SJKC juga mungkin berdepan dengan risiko yang sama berikutan tindakan Edi itu.


Bila tengok video dia carut promoter tu memang kita rasa geram tapi benda dah jadi dan dia dah pun minta maaf.


Setiap apa yang kita lakukan pasti ada kesannya. Sekurangnya dia berani untuk tambil minta maaf secara terbuka. Semoga apa yang berlaku kita jadikan pengajaran. Yang baik kita ikut, yang tak baik kita tinggalkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.