Header Ads

"Suka sangat bawak balik hadiah.Kali ni bawak nasi bungkus siap berlauk lagi"


Menurut pengguna Twitter bernama Effy, seekor kucing jalanan bernama Mama sering menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan ini.

Lebih menarik, Mama ni bukan saja rajin jaga rumah tapi dia juga selalu bawakan ‘hadiah’ untuk tuan rumah. Kali ini tuan rumah bertuah sebab dapat nasi bungkus!.


Tanpa disangka tweetnya meletop di media sosial ini mendapat perhatian netizen yang suka akan kucing. Dalam banyak-banyak soalan yang netizen tanya dengan Effy, ada yang curious sama ada Effy makan atau tak nasi yang dibawa kucing tu.



Ternyata ramai juga yang kongsi pengalaman mendapat ‘hadiah’ pelik-pelik daripada kucing jalanan yang dijaga mereka.


Dalam tweet sebelum ni, Effy ada mengatakan yang dia tak boleh bawa Mama masuk ke dalam rumah sebab kucing ini masih tak vaccine, grooming dan neuter lagi kerana Effy masih belum ada budget untuk melakukan perkara sedemikian.

Syukurlah selepas tweet ini viral, ada seorang pengguna Twitter yang sanggup sponsor full vaccination buat Mama untuk tujuan bersedekah kerana ingin berkahwin tak lama lagi.


Dari satu kebaikan, muncul lagi beberapa kebaikan lain. Sebab itulah nabi sayangkan kucing.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.