Header Ads

Suami Takot Kena Dera Dengan Isteri Sampai Sanggup Tidur Dalam Kereta


Menurut perkongsian Jarr Najmuddean, dia cerita kisah sahabatnya yang jadi mangsa keganasan rumah tangga dilakukan seorang isteri. Macam lawak dan tak percaya kan? Baca dulu baru korang tahu!

Kawan lelakinya ni sudah berkahwin dekat 5 tahun dan dia mengadu masalah yang dia alami dengan isteri. Macam tak percaya pula rakannya beritahu yang dia kena domestic abuse dengan isterinya. Mental dan fizikal pulak tu!


Mungkin korang ingat benda ni isu kecil je sebab dia lelaki, korang salah. Sebenarnya tahap stress dan fobia rakan Jarr ni memang teruk. Dia pilih untuk stay dalam hubungan tu sebab anak-anak walaupun dia sebenarnya takut gila nak dekat dengan isteri dia.


Biasa kita dengar perempuan je selalu jadi mangsa keganasan rumah tangga, lepas ni kita kena take note jugak kepada lelaki yang boleh ada potensi yang sama. Buat masa ni, Jarr ambil pendekatan untuk sentiasa lepak dan bercerita dengan kawan dia tu supaya dia boleh luahkan perasaan.


Netizen tanya jugak apa yang bini kawan dia ni dah buat, kata Jarr si isteri tu pernah pukul, maki dan minta cerai dengan sahabat dia ni. Disebabkan tweet ni ramai yang dah buka mata rupanya kes macam ni banyak je berlaku kat masyarakat sekarang.


Tak sangka ada juga perempuan yang jenis abusive macam ni. Semoga mangsa kuatkan semangat dan jangan fikir yang bukan-bukan sampai nak bunuh diri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.