Header Ads

“Saya dah bayar RM3.70, saya nak resit!”- Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol


Dah terang-terang ada notis di plaza tol tidak menyediakan resit, tetapi pemandu teksi ini tak sudah-sudah maki pekerja tol tersebut. Sikap beginilah buatkan sentimen negatif terhadap pemandu teksi lain di negara ini makin tercemar! Siap cuba nak viral kan lagi!


Difahamkan video yang berdurasi, 4 minit 41 saat itu menunjukkan pemandu teksi menggesa pekerja tol untuk memberikan resit di tempat yang tidak menyediakannya. Sudah terang-terang ada notis tiada resit, dia tetap memarahi pekerja tersebut kerana menyuruhnya untuk tuntut melalui atas talian.


"Dia tak nak bagi RM 3.70 saya pakai meter bukan saya nak pakai duit sendiri saya nak keluarkan, kalau dia tak nak bayar macam mana, saya tak ada bukti, saya laluan tol, kalau SPAD pun tanya resit mana, saya kena ambil resit, takkanlah saya kena pergi online saya nak claim. "

Kekecohan yang dilakukannya penyebab perjalanan terganggu, ada individu menghampiri pemandu teksi tersebut. Dia menjelaskan bahawa dia memerlukan resit untuk buat tuntutan bayaran.

Malah individu tersebut menjelaskan bahawa resit tersebut boleh didapati melalui atas talian, namun dia memberi respon sambil meninggikan suara kepada individu tersebut

"Saya pemandu teksi encik, encik kena faham. Macam mana nak printing saya mana ada bawa komputer. Handphone macam mana saya nak bagi. Macam mana saya nak screen shot, dia nak resit, saya pakai meter encik faham tak?

Ok, kalau kita screenshot tu macam mana saya nak bagi dia punya resit? Nak bagi saya punya handphone? Saya kalau bayar tol, dia nak resit, macam mana dia nak hantar dia punya nombor telefon macam mana saya nak minta?"


Namun ada pihak yang mulia hati cuba meleraikan perbalahan dengan menghulurkan wang tunai kepada penjaga tol tersebut. Tapi pemandu teksi ini enggan meneruskan perjalanan kerana masih menunggu resit  Hmm, dia buat kerja dia je, tak salah apa-apa pun

"Ada logik tak, saya pakai meter, kenapa tak nak bagi resit? Saya pemendu teksi! Saya mahu resit, kalau kamu tak nak bagi resit macam mana saya nak lalu?"

Walaupun digesa untuk berjalan kerana banyak kereta beratur panjang, dia masih berkeras dengan pendiriannya.

"Saya tak peduli kenapa dia tak nak bagi saya resit , itu saya tak kisah. Sekarang ini RM 3.70 Awak boleh bagi?"

Individu tersebut menghulurkan RM4.00 kepada pemandu teksi tersebut sebelum pergi. Ekoran dengan insiden ini ramai netizen menzahirkan rasa terkilan dan marah kepada pemandu teksi tersebut.


Banyak lagi tohmahan, sampai ada yang cuba membandingkan sikap pemandu teksi dengan grab. Paling kesian akak jaga tol tu, sabar ya kak. Diharapkan perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. Mungkin betul dia tak reti nak claim melalui online.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.