Header Ads

"Saya bukan gangster, tatu pada tubuh hanyalah seni"-Bapa Mertua ‘Rembat’ Menantu Perjelas Sebab Kenapa Dia Mengamuk


Dipetik dari WORLD OF BUZZ, semenjak video pukul viral di media sosial, ramai yang tuduh bapa mertua berusia 48 tahun ni seorang gangster berdasarkan tatu yang penuh di badannya.

Ramai yang tak tahu, sebenarnya anak Wong dan bekas suaminya ni sudah bercerai. Kata Wong, bekas menantunya tu memang sejenis lelaki yang tak bertanggungjawab sebab tak reti nak jaga anak dan cucu perempuannya baik-baik.

Lepas anaknya bercerai dengan bekas menantu, Wong tak berjumpa lagi dengan lelaki tu sehinggalah pada kejadian 24 Oktober lepas. Lepas diberitahu kawan akan keberadaan bekas menantu di satu tempat, Wong datang ke situ untuk berbicara dengan lelaki tersebut.


Disebabkan menantu mula tunjuk ‘perangai’, Wong pun terus naik angin dan merembat lelaki tersebut. Walau bagaimanapun, dia mengaku perbuatannya tu salah dan dia memohon maaf kepada orang ramai.

Tanpa disangka Wong mendapat kecaman bertubi-tubi kerana dituduh gangster. Wong Mu Xiang akhirnya buka mulut memberitahu yang beliau seorang kontraktor dan jugak bekerja sebagai model tatu. Tak baik tau kata dia gangster sebab tatu pada badan je! 


"Saya bukan ahli gangster. Tatu pada tubuh saya hanyalah untuk seni dan ia tak ada kena mengena dengan gangster," kata Wong pada sebuah akhbar berbahasa cina, 30 Oktober lepas.

Wong juga ada join beberapa pertandingan tatu di peringkat antarabangsa kerana dia juga ahli kepada kumpulan tatu tempatan.

Lepas identiti sebenar Wong terbongkar, ramai yang tak sangka sebenarnya dia seorang yang penyayang. Gambar-gambar dari Facebook mula tersebar menunjukkan dia mengendong cucunya dan banyak meluangkan masa dengan anak perempuannya.




Wong mengesahkan bahawa dia telah dilepaskan dengan jamin lepas ditahan selama 3 hari. Setakat ni, dia tak tahu bila dia akan dihadapkan ke mahkamah. Macam manapun, Wong berharap sangat tak ada tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya kerana dia perlu berkerja untuk menyara keluarga.

Ambillah kisah ni sebagai pengajaran ye. Jangan ingat bila korang dah kahwin dengan isteri tu korang boleh buat apa saja ke atasnya. Dapat pak mertua ganas macam tu, tak memasal korang kena tibai.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.