Header Ads

Opss Kekasih Prince Mateen Ke Ni?


Semalam kecoh di media sosial kemungkinan besar Prince Mateen pujaan korang ini sudah berpunya! Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen katanya sudah buat research terperinci melalui media sosial Prince Mateen dan menjumpai beberapa buah gambar yang bagi hint rupanya putera raja ni tengah ‘berdating’.





Korang semua mesti tengah terkejut gila dan tangan tengah gigil nak stalk siapakah gerangan gadis tu sekarang kan? Don’t worry! Admin dah buat research dan tahu sedikit sebanyak tentang gadis yang bernama Anisha Isa-Kalebic ni.

Dari akaun Instagram Anisha, gadis yang cantik jelita ni rupanya cucu kepada Pehin Isa, salah seorang menteri dan orang yang berpengaruh di Brunei. Tinggal di Bath, United Kingdom, Anisha yang jelita ni juga suka travel dan ada buka travel agency dengan sahabatnya, Emily bernama Authentinerary.




Walaupun tak dapat dipastikan sama ada betul-betul Mateen dan Anisha ni tengah bercinta, netizen di Twitter beritahu yang Anisha ni adalah sepupu jauh dan childhood atau family friend kepada Mateen.


Bagi korang yang selalu stalk Mateen, mesti korang kenal akan Danial Isa, rakan baik Mateen yang juga abang kepada Anisha ni.




Seperti yang korang agak, netizen terutama fangirls Prince Mateen mesti tengah sedih dan sembab muka kat atas katil sekarang. Berikut antara reaksi netizen daripada tweet tersebut.


Berita ni tak confirm lagi dan tak dapat dipastikan sama ada betul atau tak Mateen ni bercinta dengan Anisha. So korang janganlah sedih sangat. Apa-apapun, selamat stalking!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.