Header Ads

“Ni contoh lelaki tengah membawang ke?”- Selamba Je Lelaki Membawang Dekat IG Ronaldo


Fuhh tak sangka lelaki pun kuat membawang. Ingatkan orang perempuan je yang bergosip ni. Seorang pengguna Twitter baru-baru ni post beberapa screenshots IG post pasal pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Hanie, menunjukkan beberapa gambar yang membuktikan kaum Adam pun kuat membawang!


Kalau nak tahu posting tu menunjukkan gambar Cristiano Ronaldo bersama 3 daripada 4 anaknya dan turut kelihatan, teman wanita bintang bola sepak tu yang juga seorang model, Georgina Rodriguez.

Ronaldo dikatakan telah melamar Georgina untuk dijadikan suri hatinya selepas dua tahun menjalin cinta!


Khabar angin itu masih belum dipastikan kerana kedua-dua Ronaldo mahupun Gio belum buka mulut untuk pastikan kebenarannya. Tapi, seorang sumber terdekat memberitahu yang perkahwinan pasangan tu akan berlangsung.

"Cristiano sudah melamar Gio (Georgina) untuk mengahwininya. Perkahwinan itu akan berlangsung tapi hanya beberapa orang saja yang tahu tentang ini. Apa yang diketahui, sekarang ini Gio sudah pun mencuba beberapa gaun perkahwinan."


Melalui posting Hanie, dia sempat screenshots perbualan lelaki yang bercakap tentang kisah lampau Ronaldo serta hubungannya dengan model dari Rusia, Irina Shayk satu ketika dulu.

Tengok ni, admin pun terhibur tengok tahap bawang depa!

"Aku ingatkan CR dah kahwin, Habis tu CR Junior tu anak dia lah kan? Terangkan admin…"


Memang ramai netizen yang baca post dekat Twitter tu terhibur. Hanie sendiri pun ada cakap,

"Dia punya borak tu macam CR kawan lepak mamak diorang."





Antara komen netizen yang terhibur dengan apa ‘dibawangkan’ lelaki dekat IG post tu:

"Lelaki membawang level international terus…"

"Ni membawang berinformasi sis. Daripada tah tahu terus jadi tahu. Bagus dorang ni…"

"Lelaki membawang penuh berhemah."

"Lain macam level membawang dorang…"

Tapi sekurang-kurangnya orang lelaki ni takde lah membawang dengan bahasa yang tak enak didengar, mencarut atau menghina sesiapa kan.. So, lepas ni jangan cakap perempuan je kuat membawang ehhhh!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.