Header Ads

Netizen Sentap Dengan Cara Ustaz Ni Bagi Ceramah


Pada 5 November lalu seorang gadis telah muat naik satu video ceramah daripada seorang penceramah bebas yang agak dikenali di media sosial. Menurut gadis itu dia merasa marah denagan ‘Ustaz’ tersebut kerana menggunakan bahasa yang kasar waktu berceramah. Lebih buat dia bengang, ‘Ustaz’ tu gelar perempuan dengan panggilan yang agak biadap.

Ternyata ‘Ustaz’ ni memang selalu kena bash dengan para pengguna Twitter kerana ceramah dia yang dianggap annoying dan kadang kala macam irrelevant. Katanya, ‘Ustaz’ tak habis habis dengan ceramah dan hujah mengajak orang kahwin muda (sebab dia pun kahwin muda).

Dari tweet gadis tersebut,‘Ustaz’ tersebut tengah berhujah pasal isu wanita menutup aurat guna emoji bila nak upload gambar dekat media sosial.


“Dekat luar kau tak tutup pulak. Siapa Tuhan kau sebenarnya, followers ke Allah?”- kata ‘Ustaz’ tersebut.

Kata-kata tu kemudian dapat sorakan daripada orang yang datang dengar ceramah dia yang dibuat di sebuah sekolah. Ada juga pelajar sekolah tu yang buat statement dekat Twitter mengatakan yang dorang pun tak suka cara ‘ustaz’ ni.



Sebenarnya,gadis tu actually tak kisah pasal point atau isu yang nak dibahaskan ‘ustaz’ tersebut tapi tidak perlulah sampai nak menghina. ‘Ustaz’ yang dikenali sebagai Aiman tu kemudian ada beri respon lepas dia tahu ramai yang tak berpuas hati dengan cara dia bagi ceramah.


Tak lama lepas tu, Aiman ni dah padam komen gadis tu dan semua komen yang tak bersetuju dengan cara dia walaupun mereka cakap dengan cara yang elok.


Rata-rata netizen yang setuju dengan gadis ni dan tak berpuas hati dengan Aiman tu. Rata-ratanya anggap cara dia tu annoying sebab konon-konon nak nampak ‘savage’.

“Saya pun menyampah dengan dia. The way he talks sangat annoying. Konon nak nampak savage lah tu.”

“Cara dakwah dia sangat terpesong daripada yang sepatutnya. Bahkan bila ada yang menegur, dia delete komen.”

“Aku tak berapa berkenan juga dengan Aiman ni.”

Ada juga lah yang tak berapa setuju dan kata yang gadis ni sepatutnya respect pada insan bergelar ‘ustaz’ apatah lagi tu antara ahli dalam Majlis Dakwah Negara.


Sejujurnya,gadis ni nak cakap, niat tak menghalalkan cara. Memang niat tu baik sebab nak tegur perempuan bab aurat tapi kenapa perlu sampai menghina.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.