Header Ads

Nenek Tolak Lamaran 5 Duda Dan Kahwini Remaja 20 Tahun


Dipetik dari mStar, Inade yang berstatus janda itu tidak kisah dengan jurang usia 45 tahun antara mereka berdua. Malah, dia juga dikatakan pernah menolak lamaran 5 lelaki sebelum memilih Idris sebagai suaminya.

Muhammad Idris, 20, dia telah memperisterikan Inade, seorang warga emas berusia 65 tahun dan diraikan dalam satu majlis besar-besaran yang diadakan di kediaman pengantin perempuan dekat Sidrap, Sulawesi Selatan.


Inade dikhabarkan menerima pinangan Idris selepas mengenali remaja itu dalam tempoh lebih kurang sebulan. Inade dikenali di kawasan itu kerana memiliki kebun cengkih yang sangat luas dan Idris pula bekerja sebagai pemetik cengkih di kebun milik isterinya itu dekat Suli, Kabupaten Luwu.

Dari situlah, mereka mula kenal dan rapat sebelum buat keputusan untuk ke peringkat seterusnya. Idris kemudian membawa keluarga ke Sidrap untuk melamar kekasih hatinya itu selepas sebulan mengenali hati budi masing-masing.

"Kami memang saling mencintai. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh."


Dikatakan Inade hidup berseorangan selepas suaminya meninggal dunia pada Februari 2015 dan sejak bergelar janda, sudah 5 orang lelaki masuk meminang dan ingin menikahinya.

"Sebelum ini ada lima orang nak melamar, tetapi saya menolak."

Tambah Inade lagi, dia menolak kerana kesemua lelaki itu berstatus duda dan akui ada firasat yang Idris bakal melamarnya.

"Saya memang ada firasat sebelum ini. Malah, saya pernah tolak lamaran 5 duda disebabkan ada firasat bakal dinikahi Idris."


Bagaimana pun, Idris yang juga ketika itu ditanya wartawan tempatan akui sedang bahagia dengan isteri tercinta meskipun ramai yang meragui dan beranggapan dia mengahwini janda itu kerana harta.

"Saya bahagia dengan penikahan ini."

Cinta tidak mengenal usia. Itulah ungkapan yang sesuai untuk pasangan pengantin baru ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.