Header Ads

"Mereka bukan setakat masukkan jari, tapi.."- Kena Lalui Ujian Dara 'Dua Jari' Sebelum Jadi Polis


Di Indonesia dilaporkan perlu jalani ujian dara sebelum layak menyertai pasukan tersebut. Katanya, mereka perlu lalui ujian dara ‘dua jari’ untuk membuktikan yang mereka adalah ‘wanita yang baik’- Nextshark

Dilaporkan seorang gadis bernama Zakia yang pernah mohon untuk sertai polis Indonesia dedahkan yang cara mereka ‘test’ dara itu tak dibuat oleh mana-mana doktor atau wakil medik pun.


Zakia yang pernah mohon untuk sertai polis tahun ini berkata, "Mereka bukan setakat masukkan jari ke dalam kemaluan saya tapi dekat punggung juga. Mereka raba-raba…sangat sakit."

Difahamkan Zakia tak berjaya lepasi ujian tu tapi menurutnya pengalaman berkenaan membuatkan dia trauma hingga kini.

"Setiap kali teringat (kejadian), saya menangis… Saya rasa macam tak mahu hidup lagi…"


Menurut Zakia lagi, selaput daranya mungkin dah ‘pecah’ disebabkan sebelum ini dia merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri yang memerlukan dia untuk selalu buat splits dan bermacam jenis rutin latihan yang lain.

“Saya pernah terjatuh dan kemaluan terhentak pada sebatang kayu, tetapi saya tak pasti sama ada selaput dara saya dah pecah. Ibu beritahu saya supaya jangan risau…”

Semasa ujian ‘test’ dara, dia beritahu pegawai polis tentang kejadian tu dan kemaluan berasa sangat sakit selepas terjatuh. Tapi, lepas dia cerita tu, pegawai polis berkenaan terus gagalkan dia.


Kalau nak tahu Polis Indonesia memang sangat mementingkan keterampilan dan rupa paras. Mereka juga percaya masyarakat tak boleh terima jika seseorang polis itu menjalani kehidupan seks aktif atau jika dia adalah bekas pelacur.

Selain ‘wajib’ mempunyai dara, wanita di Indonesia juga perlu ada kriteria berikut untuk jadi polis:

  • Mereka perlu cantik
  • Mereka perlu ada kesihatan fizikal yang baik
  • Mereka perlu ada pegangan agama yang kuat



Difahamkan, ujian dara tu selalu dikendalikan oleh lelaki daripada jawatankuasa polis dan bukannya doktor atau wakil medik. Hmmm…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.