Header Ads

"Kurang ajar dengan ustaz boleh terima. Tapi kau kurang ajar dengan Allah"- PU Amin Tegur Sajat Bergelek Atas Bot


Semalam video Sajat bergelek ternyata menjadi perhatian orang ramai, ada yang enjoy, ada juga yang marah. Memandangkan ianya tersebar luas di media sosial semalam, PU Amin terpanggil untuk tampil berikan teguran kepada pengasas produk itu.

Teguran yang dibuat menerusi laman Instagram miliknya itu menjelaskan bahawa Sajat seolah-olah tak sensitif, lebih-lebih lagi di bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran nabi ini.


"Ya Rabb! Di atas laut itu. Laut yang pernah menjahanamkan manusia. Boleh memusnahkan manusia"

"Bulan Rabiul Awal , bulan kelahiran Nabi dicemarkan dengan video gelek berdurasi 35 saat oleh sajat . Dalam 12 jam video gelek ber background lagu arab dapat 422k tontonan di Facebook . Nyata budak budak kecik sampai orang tua menonton video gelek ini.."

"Ya Rabb ! Di atas laut itu . Laut yang pernah menjahamkan manusia . Boleh memusnahkan manusia . Bersaksikan langit yang terbuka , dijaga malaikat pemelihara rahmat , di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan . Dia sanggup ?.."

Bukan itu sahaja, PU Amin yang memuat naik gambar Sajat sambil melindungi bahagian auratnya itu menggesanya agar sentiasa beringat dengan azab tuhan.

Malah, PU Amin juga rasa macam dah tak tahu nak buat apa lagi untuk menegur kerana buntu, jika membuat teguran terbuka dengan cara muat naik video pasti dikecam netizen.


"Apakah sajat mahu mencabar Allah ?..
.
Aku hanya mampu menulis , kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw..
.
Kurang ajar dengan ustaz boleh terima . Tapi kau kurang ajar dengan Allah . Aku tak faham kenapa ramai lagi yang sokong , yang beli produk dia ni . Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh..
.
Ya Rabb ! Kami dah berusaha , kami dah cuba menasihati , kami dah cuba membenci , pelihara kami wahai Tuhan dari azab dan seksa . Jangan kau azab dan laknat kepada kami yang tidak bersalah . Kami takut Ya Allah dengan kemarahan mu Ya Allah . Lindungi kami Ya Allah !"

Dalam posting ini, rata-rata netizen menyebelahi PU Amin, bagi mereka apa yang Sajat lakukan ini merupakan satu perbuatan yang salah. Haishh Sajat ni seboleh-seboleh jugak dia nak tunjuk dia perempuan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.