Header Ads

Kisah Misteri Disebalik Lagu Sephia Berulang Kembali


Mesti korang pernah lagu Sephia dari kumpulan Shiela On7 kan. Lagu ini juga dikatakan agak famous jugak dulu kerana muzik lagu dan lirik yang sangat mendalam dan menyentuh hati.

Tapi disebalik lagu itu terdapat juga pelbagai kisah seram. Pada tahun 2016 pernah heboh di media sosial apabila pengguna Twitter Helloluqman pernah menceritakan kisah di sebalik lagu Sephia, yang dibuat kerana memperingati seorang gadis yang meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ingin menyaksikan konsert SO7. 

Kalau nak tahu kisah misteri lagu Sephia itu tular sekejap sahaja masa tu, namun semalam di Twitter telah kecoh sebentar apabila seorang penyanyi KucaiMars telah mengalami gangguan pelik dan menyeramkan selepas beberapa kali menyanyikan lagu tersebut.


Menurut KucaiMars mereka selalu diundang mengadakan persembahan di Institut Pengajian Tinggi. Sebelum ini mereka pernah tular apabila menyanyikan lagu Ragaman versi loghat Negeri Sembilan.



Sebelum ini sewaktu mereka mendendangkan lagu Sephia secara live, mereka juga mengalami gangguan yang sama. Kucai Mars telah memuat naik video menyanyi live di UiTM Seremban 3.

Ketika gitaris memetik gitar lagu Sephia, dentuman guruh bergema di seluruh dewan, dan penyanyi utama Kucai Mars tidak dapat fokus untuk menyanyikan lagu itu kerana terganggu.


Selepas penyanyi tersebut memuat naik video berkenaan, ada juga penonton yang turut merakamkan detik ketika gangguan berlaku. Ada juga pengguna Twitter yang terdengar suara seorang perempuan sayup-sayup sedang menyanyi, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.



Namun kumpulan SO7 menafikan khabar angin itu, namun peminat masih percaya bahawa terdapat misteri di sebalik lagu itu. Dari pencarian admin ada satu video ni dedahkan apa yang sebenarnya berlaku pada gadis yang bernama Sephia ni.


Tapi serius lagu ni memang hits gila masa dulu. Sampai sekarang dekat radio pon masih ada keluar lagu ni. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.