Header Ads

Kertas SPM Bahasa Inggeris 2018 Keluar Soalan Pasal Sarah. Siapa Sarah Sebenarnya?


Pada hari Rabu lepas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Inggeris baru sahaja berakhir dan para pelajar SPM telah mengucapkan perasaan lega apabila selesai menjawab kertas soalan subjek Bahasa Inggeris di laman sosial mereka.

Tapi ada sesuatu yang menarik pada paper english kali ni,  para pelajar telah memuat naik respon mereka kepada kertas soalan Bahasa Inggeris yang disifatkan sangat mencabar, kerana mereka perlu menjawab soalan tentang seorang gadis yang aktif dalam sukan luncur iaitu Sarah.




Dan nama Sarah pada kertas soalan Bahasa Inggeris SPM telah menjadi perbualan dan perdebatan hebat dalam kalangan pelajar SPM di Twitter.

Lepas je tular di laman Twitter dan menjadi topik hangat, rupanya pemilik nama Sarah yang kisahnya ingin menjadi seorang peluncur adalah memang wujud.


Nama sebenar Sarah Faqihah, 21 tahun merupakan anak kepada peluncur negara iaitu Mohd Faudzi Mohd Noor, sesuailah dengan pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Minat mendalamnya terhadap sukan ini telah mendorongnya untuk mendalami sukan luncur ini.


Sarah mula meluncur sejak berusia 7 tahun, Sarah sememangnya mendapat sokongan penuh daripada ayahnya. Dia baru sahaja menamatkan di Universiti Malaya.


Menyedari bahawa dirinya tular di laman sosial sejurus selepas calon peperiksaan SPM mendedahkan bahawa soalan kertas Bahasa Inggeris SPM berkaitan tentang dirinya, Sarah telah menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh calon SPM di Insta Storynya.


Disebakan viral, pengikut laman IG Sarah telah meningkat kepada 16 ribu pengikut. Sarah ada menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh calon SPM di Insta Storynya.





Wahh nampaknya soalan bagi kertas bahasa inggeris mengenai Sarah dah terjawab. Haishh betul-betul mencabar soalannya tahun ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.