Header Ads

Kerja Petik Buah Di New Zealand Taklah 'Masyuk' Sangat, Melainkan...

 

Minggu lepas,Australia mengumumkan tempoh visa untuk backpackers ke negara tu akan dipanjangkan. Keputusan negara yang jadi antara pilihan anak-anak muda untuk bekerja sebagai pemetik buah itu dibuat bagi menampung kekurangan tenaga kerja menjelang musim menuai.

Selain Australia, New Zealand juga antara negara yang tawarkan pekerjaan serupa. Kita selalu dengar mereka yang jadi pemetik buah ni selalu memperoleh pendapatan yang tinggi hasil bekerja selain faktor tukaran wang ringgit. Tapi ramai tak sedar kisah gelap di sebalik pekerjaan ini.


Dipetik dari Facebook Malaysian Backpackers Club, wanita ini berkongsi pengalamannya bertemu backpackers yang jadi pemetik buah sewaktu berada di New Zealand. Jelasnya antara perkara-perkara yang perlu kita tahu kalau nak jadi pemetik buah, apply working holiday visa sendiri.


Malah kita semua sedia maklum kos sara hidup kat luar negara macam New Zealand dan Australia agak mahal. Jadi macam mana nak tanggung perbelanjaan kita kat sana?


Walaupun kita asalnya bekerja sebagai pemetik buah, tapi skop kerja kita akan berubah-ubah. Hinggakan ada yang sampai turun berat badan sebab sakit tak tahan kerja tu.


BUkan itu sahaja, ada kisah rakyat Malaysia yang tak tahu berjimat-cermat waktu jadi pemetik buah di sana. Mentang-mentang duit rasa dah banyak, tak terfikir kualiti kerja tu yang lebih dipandang. Akibatnya, ada yang sampai dibuang kerja!


Apa yang cuba wanita ni sampaikan ialah  gaji petik buah sebenarnya taklah besar mana selepas ditolak kos sewa bilik, makan minum dan duit telefon. Melainkan korang berjimat-cermat, dapatlah simpan duit yang banyak.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, penulis turut menasihatkan untuk buat backup senarai ladang atau tempat penyembelihan halal yang ada kerja kosong. Paling penting pastikan korang bersedia sebelum pasang angan-angan nak bekerja sebagai pemetik buah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.