Header Ads

"Instafemes Penipu! Bayar Beribu Tapi Review Sampai Kesudah Tak Buat"


Sekarang memang tengah trend promote barang dekat media sosial. Antara yang paling hot, IG review oleh instafemes atau nama profesional mereka dipanggil Social Media Influencer. 

Selalunya memang ramai orang bisnes akan cari mereka ni untuk dibayar buat IG review terutamanya orang yang baru mulakan bisnes. 


Tapi lain pula cerita di Twitter. Satu posting telah mendedahkan yang instafemes bernama Syasya ni minta bayaran sehingga RM2,000 namun hingga kini tiada IG review dibuat olehnya. Dekat tweet tersebut jugak ada screenshot tunjuk IG post mangsa yang mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati.



Mangsa, Eqa juga turut beritahu yang dia akan laporkan hal tersebut kepada pihak polis selain minta orang ramai untuk share post tersebut. Dan rupa-rupanya, seorang individu berkata Syasya ni memang pernah ada kes menipu orang lain sebelum ni.

"Manusia paling tak bertanggungjawab @syasyarushdiena dah bayar dia 2K untuk review barang sampai sekarang tak review!"



Ramai netizen yang memberi reaksi dan komen masing-masing tentang isu instafemes ni. Ada yang bagitahu orang lain pun pernah jadi mangsa dia. Ada jugak yang dedahkan that Syasya ni hidup mewah atas duit orang lain sebab kes menipu yang sama. Lepas dapat duit, dia hilangkan diri.



Ternyata Syasya yang masih bersekolah ni juga sebenarnya mempunyai 3 akaun Instagram berlainan, dikatakan untuk tujuan berbeza. Giler dasyat kau dikk.


Kalau betul la apa yang orang kata, memang tak patut lah kan. Harap kes ni selesai lah ye…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.